An Appearance in Borak Kopitiam
Dapur Kalut: Kak Yan with Afiq, Dayah dan Hefny

An Appearance in Borak Kopitiam

Alhamdulillah! Tadi pagi Kak Yan bersiaran dalam segmen Dapur Kalut di dalam rancangan bual bicara pagi TV3 Borak Kopitiam.

Dah namanya Dapur Kalut, hari ini memang havoc di set dengan telatah host-host kelakar Afiq, Dayah dan Hefny.

Kak Yan pun ambil kesempatan untuk mempromosi buku terbaru Kak Yan iaitu The Delightful Street Food of Malaysia. Hari ni Kak Yan masak tiga resipi yang terdapat dalam buku ini iaitu Pulut Tauchu, Mee Rebus dan Bubur Gandum.

Alhamdulillah, semuanya disukai oleh crew-crew yang terlibat.

Terima Kasih Farah selaku penerbit yang selalu jemput Kak Yan ke Borak Kopitiam. Last skelai Kak Yan ke set Borak Kopitiam ialah dua hari sebelum Aidilfitir hari tu. Masa tu hostnya ialah Faiz dan Zack. Pun kalut dan huru hara jugak.

Kalau ada slot kosong lagi, jemputlah Kak Yan lagi heheheh.

Leave a Reply