Father’s Day 2020

Father’s Day 2020

Last week, seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Di Malaysia pun ramai yang berkongsi kisah mereka mengenangi jasa bapa-bapa masing-masing dan meraikan hero pertama mereka di media sosial.

Di rumah Kak Yan pun anak-anak dara Kak Yan pun beria-ia memasak hidangan istimewa untuk bapak dia orang.

Ala-ala nak surprisekan bapak dia orang lah walaupun bapak memang dah jangka dah. Sebabnya sepatutnya last weekend kami berdua suami isteri dah plan nak balik kampung ke Perak sambil nak lajak ke Taiping menziarahi sepupu Kak Yan yang kami panggil Kak Enon yang baru kematian suami. Tetapi Alia siap cakap jangan balik weekend tu sebab ada hal. Of course, lah bapak dapat tangkap maksud dia.

Apa pun kami balik ke Perak hari Jumaat dan balik semula hari Sabtu. In time lah kiranya untuk celebrate Father’s Day on Sunday.

So the girls decided to buat dinner on Sunday malam. Sejak tengah hari Ahad lagi depa dah masuk dapur. Bapak dia orang pulak satu hari suntuk dok kat atas sebab memang dia tengah banyak kerja pulak. Kira ada lah sikit element of surprise untuk dia sebab dia memang tak tahu anak-anak nak masak apa (dia ingat pastilah western dishes).

Kak Yan pulak? Memang tak campur langsung hal depa memasak. Kak Yan punya contribution cuma tolong bentang saprah dan bagitahu pinggan mangkuk mana patut digunakan.

Penuh meja

Apapun, Kak Yan terkejut jugak sebab my daughters really cooked up a storm to celebrate Father’s Day. Depa masak Korean yang memang jadi kegemaran mereka dan Bapak dia orang. Ada grilled meat, kimchi, pajeon, dan segala mak nenek side dishes yang dimasak. Memang renyah tetapi they did it splendidly.

Orange Cake untuk Bapak

Asma jugak baked an orange cake for her Bapak. Memang superb. Kak Yan rasa semua masakan yang penuh meja malam tu memang sedap-sedap sangat. Memang sedap dari apa yang Kak Yan rasa dan makan kat restoran Korea lah kiranya.

Yang Di Raikan

Bapak yang diraikan, macam mana pula? Oh, dia bagi 10 bintang pada anak-anak dia.

Leave a Reply