CODA – One of the Best Films This Past Year

CODA – One of the Best Films This Past Year

Lama sudah Kak Yan tak menonton filem yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Baru-baru ini Kak Yan menonto cerita CODA di Apple TV+.

Dan apa yang Kak Yan boleh katakan di sini ialah – Best sangat.

Pada Kak Yan lah, CODA (Child of Deaf Adults) ni ialah sebuah filem yang jalan ceritanya biasa kita tonton namun hasilnya sangat luarbiasa sekali.

Filem hebat ini penuh dengan kasih sayang dan jenaka yang tidak dibuat-buat. Tetapi lebih dari itu, CODA adalah filem emosi yang sangat menyentuh hati kita yang menonton.

Filem ini berkisar tentang Ruby, gadis remaja berusia 17 tahun, yang merupakan satu-satunya ahli keluarganya yang boleh mendengar dan bercakap. Ibu bapa dan abang Ruby semuanya pekak dan bisu. Makanya, Ruby lah yang menjadi perantara keluarganya dalam almost everything apabila berurusan dengan orang lain.

Dia juga membantu ayah dan abangnya turun ke laut menangkap ikan disamping mengimbangi cabaran menjadi seorang remaja di sekolah menengah yang ingin bercinta, menjadi penyanyi, dan mempunyai potensi untuk masa depan yang bebas daripada keluarganya.

Hasilnya ialah suka duka keluarga ini melayari kehidupan yang dipenuhi dengan kasih sayang, humor dan cita-cita.

Pengarah filem ini Sian Heder memang berjaya mengimbangi segala-galanya dengan sempurna.

Selain Emilia Jones sebagai Ruby yang sangat kena lakonannya, pada Kak Yan filem ini mengambil keputusan tepat dengan menggunakan pelakon dari komuniti pekak untuk melakonkan watak emak (Marlee Matlin), ayah (Troy Kotsur) dan abang (Daniel Durant). Lakonan mereka semua sangat menjadi.

Selain itu mereka disokong oleh pelakon-pelakon tambahan yang tidak kurang hebat seperti Eugenio Derbez sebagai guru muzik Ruby, Amy Forsyth sebagai best friend Ruby dan teman wanita Leo abang Ruby dan Ferdia Walsh-Peelo as Ruby’s love interest.

Kak Yan suka sangat filem ini. Suami dan anak-anak Kak Yan pun ikut mengalir air mata tatkala menonton CODA. Such a feel-good touching movie. Sekarang nak cari cerita Belfast pulak, katanya equally good.

Untuk CODA, Kak Yan bagi 5 bintang!

PS: Review Filem2 Lain dari Suami Kak Yan:

  1. Tick…Tick … Boom – Entertaining
  2. West Side Story – Nothing new
  3. The Power of The Dog – Agak membosankan but filem yang cantik
  4. DUNE – Best, best, best
  5. No Time To Die – A fantastic last outing for Daniel Craig
  6. The Lost Daughter – Amazing acting all around
  7. Encanto – Seronok dan best
  8. Tragedy of Macbeth – Menangis sebab bosan yakmat
  9. Being The Ricardos – Surprisingly good. Nicole Kidman is believable as Lucille Ball.
  10. Spiderman: No Way Home – Tak berapa enjoyable sebab ada someone gives a spoiler on Facebook.
  11.  Eternals – Typical Marvel movie but so very busy with too many superheroes.
  12. Don’t Look Up – Hilariously too close to reality. Love it.

Leave a Reply