Pedicure Dengan Alia

Pedicure Dengan Alia

Cerita minggu lepas. Alia ajak keluar jalan-jalan. Katanya nak ala-ala ‘girl’s outing’. Mak boleh sahaja asalkan jangan guna kaki banyak sangat. Sejak kebelakangan ini kaki selalu sakit dan lenguh yang tak boleh bawak bincang. Mula sakit dari pinggang sampailah ke peha dan betis. Kalau dulu nak keluar kereta boleh berdesup jer keluar, tapi sekarang kena tunggu senafas dua baru boleh berjalan. Sakitnya, ya ampun.

Alia yang faham yang maknya nak keluar ambik angin terus suggest buat pedicure. Katanya buat pedicure nanti boleh lah kena urut manja-manja.

Sebelum ini pun pernah buat pedicure. Kena urut jugak tapi macam tak puas. Harap yang ini lagi best lah.

Kami pergi ke Seventeen. Senang aje nak sampai sebab tak ada traffic jam di hujung minggu. Sampai di sana ikut masa yang dijanjikan, pukul 3.30 petang. Ingatkan boleh terus buat dan lepas tu boleh pergi makan. Kami berdua tak makan tengahari lagi masa tu. Tup, tup ada ramai customer lain. Kami kena tunggu la pulak.

Selepas itu ada satu tempat kosong. Kami kena bergilir la pulak buat pedicure. Ambik masa lagi tu. Niat nak buat medicure terus batal. Perut dah lapar. Nak ke tahap nak berbunyi dah ni.

Alhamdulillah semuanya cepat habis. Kaki pun dibelai macam-macam itu sahaja tetapi kuku kaki nampak sangat bersih dan cantik. Kena pulak ada cutex yang halal. Suka sangat.

Lepas tu kami berdua makan di A&W. Tak jauh sangat kedai tu. Perut ni kalau dah lapar, dia boleh jadi seram sejuk. Nak melangkah ke kedai tu pun rasa nak terbang.

Kami nak makan ayam goreng di A&W tapi ayam tak ada. Pelik lah pulak. Bukan sahaja ayam tak dijual di pasar. Dekat fast food pun tak ada ayam?

Jadi Kak Yan order lah coney dog. walaupun coney dog bukannya pilihan utama kalau Kak Yan makan di A& W tapi hari tu pilihlah jugak sebab perut ni seakan menjerit’beli jer la, asalkan cepat’.

Alia order waffle dengan ais krim dan sudah tentulah kami minum float. Giler apa pergi A&W tak minum float.

Tapi kan, yang Kak Yan nak highlightkan ialah interior kedai ini. Tersangatlah retro. Tengok aje gambar di atas. Memang rasa macam bukan dekat Malaysia kan. Masa ni lah pulak dia orang pasang lagu Mamma Mia, Uptown girl lah. Best pulak rasanya.

Dan lagi satu. Waffle dekat sini sangatlah sedap. Terasa macam makan waffle masa dulu-dulu. Sedap lagi dari outlet A&W di P.J tu. Alah, teringin lah pulak.

Apa pun, Kak Yan happy sangat dapat keluar dengan Alia. Terima kasih Alia..muah, muah.

Teringat pulak masa anak-anak masih kecil dulu. Kak Yan dan suami akan bergilir bawak anak -anak keluar seorang demi seorang. Sekarang pulak, anka-anak Kak Yan bergilir keluar dengan kami.

Masa Kak Yan menulis ini, Asma pulak keluar dengan bapaknya dan of course lah deme pergi beli buku.

Ok, kita jumpa di cerita minggu hadapan pulak. Bye…..

Leave a Reply