Family Day di Pantai Indah Seaview Resort
Hasan's Family Day

Family Day di Pantai Indah Seaview Resort

Tiga hari dua malam yang menggembirakan. Selepas  beberapa bulan merancang dan membuat persiapan maka terhasillah hari yang kami gelarkan ‘hari keluarga’ atau apa yang mak saya panggil ‘hari berkumpul reramai’ pada weekend yang lalu.

Kalau dah berkumpul ramai-ramai memang la seronok. Tak kiralah bila balik raya ke atau kenduri ke .  

Tapi  kali ni lain sikit, kami (keluarga Hasan Ngah Ismail – arwah bapak saya) berkumpul reramai di Pantai Indah Sea View Resort, di Jeram Selangor  menghirup udara laut dan melihat pemandangan yang indah-indah.

Tentulah double tripple seronoknya. Apatah lagi agenda utamanya ialah makan dan makan (seperti biasa).

Tak ada agenda yang spesifik cuma kami sembahyang berjemaah dan diadakan tazkirah subuh dipimpin oleh anak saudara saya Naim (thanks Naim). Rileks, lepak, bersembang adalah antara agenda sampingan kami..huh..perfecto!

Bermula dengan cakap-cakap kosong dan gelak-gelak , tak sangka pulak semuanya menjadi kenyataan.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada kakak ipar Kak Zai yang menjadi ketua rombongan merangkap penaung, penasihat dan pengerusi hari keluarga ini..siap jadi sponsor lagi.

Begitu juga dengan anak saudara Nisah yang bertungkus lumus menjayakan hari yang seronok ini.

Tidak ketinggalan juga kepada semua yang sporting dan beri sokongan moral semasa saya bersusah payah nak keluar dari swimming pool (ada ke pulak swimming pool dia tak bertangga…. Masa terjun ke kolam tak pulak saya check)

Moga  Allah pandang dan nilai apa yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim.

Malam pertama kami dinner di aroma Ikan Bakar yang terkenal tu.

Makan malam di sini. sungguh sedap sehingga terkenang-kenang sampai sekarang.

Sebelum pergi kena tempah dulu dan pilih lauk pauk dulu. Jadi petang tu saya, Kak Zai, Nisah dan suami pu pergi reserved ikan dan lauk dulu siap2. Cakap kat dia orang kita datang sekian-sekian jam. Tak la kita nanti menunggu2 lama. Orang pun sangat ramai.

Antara hidangan malam tu ialah Ikan kerapu masak 3 rasa, Ketam masak cili tapi ada rasa macam kari, Sayur campur rangup dan sedap dan Sotong goreng tepung.

Pada hari kedua , selepas tazkirah subuh dan makan nasi lemak awesome, mak cik-makcik tiga orang (Kak Zai, Kak dan saya) dan seorang pakcik (suami) ni kunun-kununnya saja je nak meninjau laut. Tetiba terjumpa orang jual ikan fresh.

Bedek sana bedek sini, semuanya fresh, siap warna mata ikan biru lagi, macam pakai contact lens. Dah memang dalam kepala tu asyik fikir pasal makanan aje, maka kami pun bercadang nak masak sendiri aje tengahari tu, guna dapur kayu.

Bertambah-tambah le kami makan tak hengat dunia.

Malam terakhir tu kami buat BBQ. Semua barang-barang Nisah yang sediakan. Dah over dose dengan seafood, sedap pulak dapat makan ayam. Kebetulan malam tu, hampir kesemua pondok untuk BBQ digunakan. Dah rasa macam pasar malam pulak. Meriah!

Dan kami juga menyambut sekali birthday Fauzan (cucu Kak Zai) dan Kak Zai.

Semoga lain kali boleh buat lagi! Seronok sangat.

Malam terakhir we celebrated Kak Zai and Fauzan’s Birthday

Leave a Reply