POT PAINTING (& BIRTHDAY) PARTY

POT PAINTING (& BIRTHDAY) PARTY

Diam tak diam kita sudah pun sampai di penghujung tahun 2020. Tahun yang sangat mencabar bagi seluruh penduduk dunia. Siapa sangka kan tetapi itulah tidak ada siapa yang dapat melawan ketentuan Allah SWT.

Semoga tahun baru 2021 ini akan menjadi titik permulaan untuk kita nikmati kehidupan yang lebih ceria dan bahagia dan dijauhi sebarang mala petaka.

Apa pun pada pertengahan bulan Disember hari tu (pada tanggal 13 Disember to be exact), Kak Yan and family played host to keluarga suami Kak Yan sempena birthday suami yang jatuh pada 14 Disember. Kami buat sehari awal sebab hari tu hari minggu.

Painting Session In Progress

Sebelum tu anak2 dara Kak Yan dah plan nak invite cousins dia orang for a pot painting party. Fikir2 balik why not gabungkan dua2 majlis into one. Hasilnya, a wonderful family get-together.

Anak2 were in charge of the pot and canvas painting agenda manakala Kak Yan pulak of course tekong bahagian makan-makan.

Seronok sebenarnya buat makan-makan sambil ada aktiviti lain seperti pot painting ni. Kak Yan rasa semua yang datang pun enjoy sangat2 masa ni. Sambil painting sambil bergelak ketawa.

The Spread

Berkaitan tentang makanan pula, seminggu sebelum majlis, Kak Yan dan suami (tak dapat nak surprise kan dia pon sebab dia ada di mana2 sibuk bertanya itu ini ) pun berbincanglah nak masak apa….. bincang punya bincang akhirnya pada hari kejadian Kak Yan masak Braised Lamb Shanks, Roasted Chicken (buat yang tak makan lamb), Beef Moussaka, Creamy Mashed Potato, Nasi Goreng Cina plus dua jenis salad.

Lepas tu biras Kak Yan pun ada bawak meatball dan colourful donut. Oh ya Kak Yan juga tempah karipap, kuih koci dan kuih lopes yang sedap sesangat.

Dessert tak diperlukan sebab anak2 Kak Yan dah tempah kek untuk bapak dia orang. Lagi pun kami juga celebrate birthday anak saudara Azizah yang jatuh pada hari itu serta wedding anniversary abang ipar dan biras Kak Yan yang ke 32 di mana mak Azizah pun bawak kek manakala Safia pula baked a Lemon Poppy Seed cake untuk parents dia.

Team Tuan Rumah

Selepas makan-makan, yang muda-muda main board game pulak. Memang santai sangat.

Leave a Reply