Game of Thrones Viewing Party
Gegeh: Things we do to entertain ourselves

Game of Thrones Viewing Party

Nak tahu satu benda tak? Sebenarnya Kak Yan ni peminat siri Game of Thrones. Entah macam mana masa season seven yang lalu Kak Yan terjebak mengikuti siri TV nombor satu dunia ini. Ini semua angkara anak-anak Alia dan Asma lah.

Ceritanya memang lah  banyak aksi ganas melampau dan banyak X-rated scenes (unnecessary betul sebenarnya), tapi bila sudah masuk tengok sedar tak sedar anda akan jadi pengikut tegar. Plotnya menarik, itu yang memikat hati saya tu.

Tetapi dek kerana dah tertinggal 6 musim, jenuh jugaklah Asma dan Rynnaas (kawan anak saya) nak memahamkan saya cerita ni. Sebabnya pelakun2nya pun dah beratus-ratus dan ramai karekter utama yang telah dimatikan along the way.

Bila dah faham, lagilah Kak Yan jadi minat.

Apapun sekarang ni sedang ditayangkan musim penutup Gane of Thrones ni. This is it lah kiranya.

Dan tadi pagi suami (dia lagilah baru tengok – season ni baru nak tonton sebab tengok kami macam hard-core fans sangat) dan Kak Yan decided to anjurkan Game of Thrones Viewing Party (party la sangat ya…. Kami lima beranak dengan Rynnaas je yang ada).

So kami pun set up lah breakfast spread with a Game of Thrones theme. Gegeh tak gegeh kan.

Sebab nak dapatkan feel dark seiring dengan vibe GOT, makanya décor pun ala-ala gelap cenggitu. Menunya pulak roasted chicken, meatloaf, sandwiches dan  onion soup.

Memang suka cari pasal je kan nak memasak something special. Apa pun sambil menonton kami makan-makanlah.

By the way, Kak Yan ialah Team Stark. Way to go Sansa and Arya.

Leave a Reply