Happy Birthday Arissa

Happy Birthday Arissa

Arissa, anak bongsu kami turns 23 on November 8 tempoh hari. Ikut adat istiadat keluarga memang kami akan celebrate birthday bersama-sama. Tapi tahun ni Kak Yan rasa guilty sikit sebab on her birthday, kami semua sibuk yakmat.

Hari birthday Arissa baru-baru ni  jatuh pada hari Jumaat …. Hari yang sama Kak Yan ke Go Shop menjadi prep chef untuk rancangan Chef Wan The Shopping King. Nak jadi cerita, minggu tu pulak memang banyak sungguh juadah yang terpaksa disediakan. Menu-menu yang berat-berat pulak tu.  Ada dekat 26 jenis masakan yang terpaksa disediakan.

Suami pun sibuk dengan kerja beliau. Ada project deadline katanya. Kakak-kakak Arissa pun memang mengadap minggu yang sibuk sangat pada masa itu.  Masing-masing balik lewat malam saja minggu tu.

Jadi saya pakat dengan Arissa yang kami akan mengadakan small celebration di rumah saja pada malam itu.

Petang Jumaat tu saya dan suami pergi mengambil kek birthday dari Wahdi_le.chouette.macaron di Empire Subang.

Tahun ni entah mengapa suami saya dah order semua kek birthday kami dari Wahdi (saya di bulan April yang lalu dan dua anak dara lagi pada Ogos lalu). Apapun kek-kek dari Wahdi memang tidak mengecewakan – cantik dan sedap sangat.

Empak biji birthday cakes kami dari Wahdi tahun ni. Cantikkan?

Jadi malam tu kami berempat berbirthday dengan kek serta Dominos Pizza (Asma tak dapat balik awal lagi).

Apapun keesokan harinya kami memang dah berpakat nak lunch bersama-sama sempena birthday which we did di Damen USJ. Makan buffet Japanese sehingga senak perut you.

Muka-muka happy yang kenyang giler

For Arissa, I wish all the best for your future and much love. Semoga terus maju jaya dalam kerjaya sebagai animator and anime artist.

Next birthday? Tuan suami punya turn. Nak buat apa ya?

Leave a Reply