The 26th Wedding Anniversary

The 26th Wedding Anniversary

Syukur Alhamdulillah, Kak Yan dan suami diberi kesempatan umur dan kesihatan yang baik (walaupun dua2 dah mula sakit kaki bagai) untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 26 beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik dah 26 tahun kami bersama. Tiga orang anak dara kami pun semua dah bekerja. Anak dara yang bernama Ariel pun dah bersama kami selama 10 tahun.

Tapi Kak Yan dan suami tak de lah pulak setiap tahun ada buat celebration menyambut wedding anniversary ni. Kalau ada masa lapang, ada rezeki lebih kami selalunya pergi makan-makan saja. Itupun jarang-jarang sekali. Yang ada hanya kami saling wish each other. Lepas tu (yang ni suami rajin la buat) letak dlm Facebook beritahu semua orang (macam la kami je yang ada anniversary ya?). Lepas tu busy lah satu hari membalas balik ucapan2 yang diterima dari rakan-rakan dan saudara mara. Terima Kasih semua yang mendoakan…Kak Yan sangat menghargainya.

Tahun ni Kak Yan letak kat Instagram jer gambar kami kahwin dulu. Seingat Kak Yan ada beratus-ratus keping gambar majlis kahwin yang kami ada…. Semua sedara mara, adik beradik yang tolong ambilkan. Masa tu belum lagi sampai zaman orang engage professional photographer. Kalau nak jugak yang nampak pro, kena mintak tolong Cina kedai gambar datang amik kan. Tu pun kami tak buat.

Kami dan arwah mak masing-masing selepas majlis akad nikah.

Dah 26 tahun berkahwin ni banyak jugaklah benda yang kami dah lupa lupa ingat tentang majlis perkahwinan kami dulu. Dah lama sangat kot. Mujur ada gambar-gambar yang dapat membantu mengembalikan memori itu.

Selesai majlis membatalkan air sembahyang

Ini antara coretan majlis kami dulu yang kami berdua masih ingat:

Majlis Makan Beradab di rumah Mak Kak Yan di Kampar. Seram sejuk sebab tak kenal lagi keluarga suami masa ni.
  1. Disebabkan kami ni boleh dikatakan sekampung (saya di Kampar dan suami di Temoh), maka majlis di rumah Kak Yan dan suami dilangsungkan pada weekend yang sama. Yelah, naik kereta pun dalam 15 ke 20 minit dah boleh sampai rumah each other.
  2. Majlis akad nikah dilangsungkan pada hari Jumaat malam Sabtu pada tanggal 19 November 1993. Kenduri di rumah mak Kak Yan berlangsung esoknya pada 20/11 dan rumah suami pada Ahad 21/11.
  3. Majlis kami simple sahaja. Kami tak ada pelamin (di dua2 buah rumah). Tapi Mak Kak Yan buat jugak tabir kaler biru di ruang tamu rumah Kak Yan. Dia teringin le tu tengok anak bongsu dia naik pelamin. Tapi kami berdua memang dari awal berpakat tak mahu pelamin bagai.
  4. Baju pengantin pun kami tak ada sewa-sewa kat butik mana-mana. Tak ada persalinan songket pun. Semua kami tempah sendiri. Jimat dan boleh pakai balik dikemudian hari. Suami hanya pakai baju Melayu dan saya tempah baju kurung sahaja.
  5. Masa nikah kami pakai persalinan putih, majlis di rumah Kak Yan pakai pink pada siangnya dan kaler biru pada malamnya. Esoknya di Temoh kami pakai colour kuning cair. Selepas tu, jadinya Tuan suami ada empat pasang baju Melayu yang dia recycle beberapa kali masa Raya. Jimatkan?
  6. Kami diakad-nikahkan di Masjid Jamek, Kampar. Tak jauh dari rumah Kak Yan. Dua tiga minit je dah boleh sampai.
  7. Nak jadi cerita orang masjid terbagi mikrofon orang azan kepada suami semasa akad. Sudahnya hampir satu pekan Kampar dengar lafaz nikah dia malam tu. Meriah deme.
  8. Selepas selesai upacara akad nikah dan bersolat sunat berjemaah berdua (ada ke lepas bagi salam je suami terus bangun keluar …. Tak de doa2 pun.. bersalam apatah lagi. Bila Kak Yan tanya later, dia cakap dia panik… apa raaa)
  9. Selepas tu baru rombongan pengantin lelaki datang ke rumah Kak Yan untuk makan malam. Seingat Kak Yan, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan sepatutnya kami membalas dengan sembilan dulanglah kan. Tetapi keluarga Kak Yan besar, dan sudah menjadi tradisi kami setiap adik-beradik dan sepupu sepapat akan datang membawa juadah ke, kain ke atau apa sahaja untuk dijadikan hantaran jugak. Kalau tak silap kek pun ada tiga biji. Penyudahnya, rombongan lelaki bawak pulang 27 dulang you.
  10. Oh! Ya, masa majlis kahwin kat umah Kak Yan ada dua bilik pengantin (dulu selain pelamin, bilik pengantin pun boleh jadi issue besar).
  11. Kak Yan kahwin right after tamat study dari UiTM. Tak dan nak cari kerja pon. Grad je terus busy dengan persiapan perkahwinan. Oleh kerana budget ciput dan masa lapang pun banyak, Kak Yan pun decided untuk jahit sendiri cadar katil (siap bermanik lagi), sarung bantal  dan langsir bilik pengantin. Ingat lagi Kak Yan beli kain di Kamdar di KL dan lepas tu usung kain yang banyak ela tu naik bas balik Kampar. Punya la berat. Nak kahwin punya pasal.
  12. Apa pun arwah Mak Kak Yan nak bilik pengantin bermotifkan tradisional sebab dia memang ada complete set tekat benang emas. So dia nak nak jugak pakai set tekat dia tu. Tu yang kami pergi bukak satu lagi bilik jadi bilik pengantin. Bilik tu jadi bilik untuk upacara membatalkan air sembahyang.
  13. Satu lagi perkara, Kak Yan juga tak pakai khidmat Mak Andam ke Make Up Artist ke semua. Ingatkan dah taruh bedak sikit-sikit jadilah. Kak Yan pun tak ingat siapa yang make-upkan Kak Yan semasa majlis nikah tetapi untuk kenduri di kedua-dua rumah, dua pupu Kak Yan dari Johor yang dipanggil Kak Nah datang menghulurkan budi. Dia kesian kot tengok Kak Yan macam tak bersiap je kot hahahah.
  14. Selepas majlis kahwin, we made sure to ziarah semua saudara terdekat (suami pun masih bercuti lagi masa tu). So, kami ke Kelantan ziarah bapak saudara Kak Yan di sana, ke Penang untuk ziarah uncle suami Kak Yan dan serata Perak dan Lembah Kelang untuk berkenalan dengan bapa-bapa saudara, mak-mak saudara, adik-beradik dan sepupu sepapat kami berdua.

Makan Beradap di majlis rumah suami di Temoh.

Tulah antara coret-coret majlis perkahwinan Kak Yan dan suami lebih 26 tahun yang lalu. Tak ada apa yang istimewa pun majlis kami. Memang sederhana sungguh.

Pada Kak Yan dan suami, mantra kami ialah: “Focus more on the marriage and not the wedding.” Tapi kalau ada rezeki lebih, Kak Yan rasa tak salah nak berbelanja lebih sikit untuk wedding. Yang penting ukur baju dibadan sendiri. Kalau mampu teruskan.

Tu yang walaupun bayang apa sekali pun entah di mana lagi, Kak Yan dan suami selalu jugak berangan nak ada kan majlis kawen anak secara grand…chewah. Tapi itulah, hanya angan-angan sajalah ye… anak2 pun tak ada boyfriend lagi. Tapi berangan kan free?

Leave a Reply