Cameron Highlands Kami Datang!

Cameron Highlands Kami Datang!

Rancangan suami Kak Yan ialah untuk kami sekeluarga ke Cameron Highlands pada April lalu. Dia kata nak celebrate birthday Kak Yan kat atas sana nun. Tapi itulah kita hanya merancang tetapi Allah menentukan segala-galanya. Tiba-tiba dunia dilanda musibah dan kita semua dikurung dirumah memasing. Plan cancelled! Mujurlah bayaran penginapan di Air BnB dipulangkan, tak lah ralat sangat.

Bila PKP dilonggarkan, tiba-tiba muncul balik idea untuk ke Cameron Highlands. Menurut Tuan Suami, dah dekat 20 tahun dia tak ke sana. Kami pun (kecuali Asma yang pernah pergi dengan kawan-kawan UIA dia dua tiga tahun sudah) dah berbelas tahun jugak tak ke sana. Jadi memang teringin sangat lah nak ke sana.

Di Water Cress Steamboat Restaurant

Dua minggu lalu kami berlima pun ke sana. Kami pergi hari Jumaat dan bercadang nak balik hari Ahad. Harapan kami sekurang-kurangnya hari Jumaat tu tak lah banyak sangat kereta kat atas tu. Hahahaaa…. memang harapan kami tinggal harapan lah. Kami naik ikut Simpang Pulai sebab suami tak pernah ikut jalan ni. Apakan daya, sampai je di Kampung  Raja, jam pun sudah bermula. Hahahaha. Redahkan jugak lah ya sementelahan dah sampai.

Setelah hampir sejam setengah di dalam traffic jam, kami ternampak sebuah seafood restaurant di tepi jalan, tak jauh selepas Tringkap. Watercress Valley Steamboat Restaurant namanya. Dek kerana masing-masing pun nak ke tandas, kami pun singgah. Sementelahan dah singgah kami terus ambik keputusan untuk lunch di situ terus. Nak sampai ke Brinchang dan Tanah Rata entah berapa jam lagi.

Memang sedap

Sungguh sedap makan di sini. Soup steamboatnya diperbuat daripada sejenis tumbuhan bernama water cress atau selada air. Kak Yan yang memang suka sayur memang suka sangatlah dengan hidangan sebegini.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke penginapan Air BnB kami di Golden Hill, yang terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata. Strategik giler lokasi penginapan kami ini. Dan penginapan yang ditempah suami ini juga sangat best…very clean dan all amenities are in working order. Kalau anda nak ke sana boleh saja log on to Air BnB and search for J7 Cool Cottage Golden Hills. The host pun sangat friendly.

Petang tu suami decided to treat us to a high-tea di Jim Thompson Tea Room yang terletak di Cameron Highlands Resort. “Nak feeling2 omputih,” katanya.

At the Jim Thompson Tea Room

Nasib baik resort ni terletak tak jauh dari apartment kami. Dan by that time, jalan pun dah tak berapa jam dah pun. It was a delightful tea time indeed. Nothing makes me happier than to be able to spend time with my family. Ambience dia pun ngam sangat.

Sedap

After bergambar bagai di Tea Room tu, we made our way back. Oh ya lupa nak bagi tau, right in front our apartment is the Pasar Malam Cameron Highlands yang famous itu. Strategik tak?

Masa balik tu hari dah hujan and as we enter the area, we saw queue orang nak masuk the Pasar Malam sungguhlah panjang. Maklumlah nak jaga SOP. Kami pun decided tak payah lah nak pergi malam ni and can always go the next evening. Malam tu kami tapau nasi goreng dari restoran yang ada kat bawah apartment kami tu je. Sedap sungguh.

Oh by the way, cuaca di Cameron Highlands sangatlah sejuk, maklumlah hujan non-stop.

The next morning, we woke up to a 14’ Celcius weather. Waah. Apapun pagi tu kami ke Kea Farm di Brinchang. Walaupun kami turun dalam pukul 8 pagi, tempat yang Kak Yan rasa hanya terletak 15 minit dari apartment kami ni mengambil masa selama sejam jugak untuk sampai. Awal sungguh orang start melancung.

At Kea Farm

Kea Farm is da best. Segala macam sayuran dan buah Cameron Highlands ada di sini. Sempatlah jugak membeli sedikit sebanyak untuk di bawa pulang. Di Kea Farm ni ni jugak ada sebuah Sheep Sanctuary. Di sini anda boleh bermain2 dengan kambing biri-biri yang sangat friendly. One of the highlights of our trip definitely.

Kami sedang bagi Alex makan. Comel sangat.

Lepas tu kami meredah jam sekali lagi menuju ke Restauran Nasi Lemak Strawberry pulak. Kali ini adventure lebih sikit sebab bukan saja jam di atas jalan raya tetapi kena menapak jauh sebab parking kereta sangat jauh dari restoran…. Sampai kat restoran kena tunggu another hour sebab orang ramai sangat. Tetapi kami gegeh menunggu. Nasib baik nasi lemak dan teh tarik strawberry yang kami beli sedap2 belaka.  

Nasi Lemak Strawberry yang sedap

Lepas makan kami balik ke apartment nak solat dan berehat sekejap. Letih mengadap jam pon ya.

Selepas itu kami decided to go to the Lakehouse dekat Ringlet sebab Alia dan Asma dah check Internet dan pemandangan kat situ cantik. Apa orang sekarang kata Instagrammable. Kali ini jam dia lagi teruk tapi sebab dah sama-sama masuk jam kami pun teruskan jugaklah.

Sampai2 je di Lakehouse, security guard tak bagi masuk walaupon kami mintak izin berkali2 nak masuk. Hampa, kami pon patah baliklah. Masuk jam balik. Tak berapa jauh dari situ kami nampak ada simpang ke Bee Farm dan Habu Boh Tea Plantation. Cepat-cepat kami belok masuk jalan ni ….. Jauh jugak la kami masuk nak ke Boh Tea Plantation yang ni namun elok2 sampai ke gate, security guard kata dah tak boleh masuk. Adoi.

Patah balik sekali lagi. Tapi kami singgah jugak kat tepi ladang teh ni untuk bergambar. Cantik pemandangannya. Lepas tu kami ke Bee Farm sekejap membeli segala macam madu la pulak.

Boh Tea Plantation at Habu

Lepas tu kami ke Bharat Tea Plantation pulak. Mujur ada satu parking cantik kat depan pintu masuk. Alhamdulillah. Kami pun masuk minum petang and enjoy the breathtaking view kat situ. Lepas tu kami balik. Penat nya hahaha.

Bharat Tea Plantation with its magnificent view

Plan kami pagi esoknya nak ke Kea Farm untuk membeli belah sekali lagi sebelum pulang. Namun sampai je kat main road Tanah Rata ke Brinchang, kami lihat trafik jam yang dah sampai level standstill. Adoi. Alia kata might as well kita balik je kalau macam ni. So there and then we decided to balik terus ikut Tapah. A very Wise Decision. Mujur pagi tu jalan ke Tapah kira ok..

On the way home ikut Tapah

 Itu lah dia percutian kami ke Cameron Highlands kali ini. We planned to come again but nak datang during weekdays. Apa pun Cameron Highlands tetap best!

Leave a Reply