My Birthday Girls

My Birthday Girls

Ini adalah sebuah late entry. Dah masuk bulan September barulah Kak Yan terhegeh-hegeh nak berkongsi memori birthday anak-anak Kak Yan ialitu Alia dan Asma pada bulan Ogos lalu. Ye, dua orang anak Kak Yan lahir pada bulan Ogos. Yang bongsu je lahir bulan November iaitu pada 8 haribulan. Kiranya nombor lapan ni nombor yang banyak memorilah ya.

Apapun, tahun ni kami, seperti tahun2 sudah, pergi makan birthday lunch bersama-sama. Cumanya kali ni birthday lunch dibuat serentak, tak de lah pergi dua kali. So kami pilih tarikh tengah2 di antara hari lahir mereka berdua untuk pergi lunch ni. Kak Yan pun dah lupa berapa haribulan sebenarnya tetapi tahun ni kami pergi makan Italian di Seri Hartamas. Nama restoran pun Kak Yan dah lupa, boleh? Apa pun yang penting kami berlima sama2 meraikan. Oh ya, baru ingat…nama restoran ialah Eatalia By Brava. Sedap.

Alia

Tetapi pada hari lahir sebenar mereka Kak Yan dan suami buat jugak minum petang dan beli kek. So pada 10 Ogos, kami meraikan hari lahir Ailia manakala pada 24hb Ogos giliran Asma pulak. Untuk Alia, Kak Yan buat makaroni bakar dan tuna sandwich.

Asma

Untuk Asma pulak, Kak Yan masak Spaghetti Carbonara manakala suami Kak Yan menyediakan Smoked Salmon Bagel. Selain itu Kak Yan pun beli Cream Puff yang sedap dari Erni and Tina Cafe di Cheras.

Oh ya, selain itu semasa kami keluar lunch bersama-sama, kami juga pergi minum kopi di Kofiby77 Cafe di Mont KIara. Cantik tempatnya.

Kak Yan dan my August Girls di Kofiby77.
The girls with their Bapak. Deme ni kamceng dengan Bapak dia orang ni tau.

Leave a Reply