Harijadi Suami 2021- Part 1

Harijadi Suami 2021- Part 1

Selepas dua tahun sambut harijadi di rumah sahaja disebabkan ‘lockdown’, tahun ini Kak Yan dan anak-anak bercadang nak belanja suami makan-makan di luar. Tahun ini nak lah bagi ‘exclusive birthday meals’ dekat suami sikit.

Seperti biasa, kerja-kerja mencari kedai makan dan buat tempahan adalah kerja Alia. Dia memang cekap dalam hal-hal macam ini.

Kami makan tengahari di Mont Kiara pada hari Ahad 12 Disember, 2021. Kami terpaksa celebrate birtday suami awal. Sepatutnya birthday suami jatuh pada hari Selasa 14 Dis 2021. Memandangkan Asma selalunya balik kerja lambat, jadi kami pun buatlah agenda makan-makan pada hujung minggu.

Jadi jom tengok apa yang kami makan..



Makanannya sangat sedap, tapi Kak Yan dah lupa nama makanan setiap satu. Almakhlum lah, cerita dah lama. Sekarang ini baru nak upload. Tapi yang hujung itu ialah puding roti dan kek keladi.
Celah-celah tu sempat jugak ambik gambar family photo.

Pada sebelah malamnya, best friend suami Dr Azwan ajak kami nak menjamu best friend dia a birthday dinner. Kali ni kami ke Serai di Paradigm Mall pulak. Birthday dinner ni turut disertai oleh kakak, abang ipar dan adik Azwan. Lagi pun Kak Long, panggilan kami pada kakak Azwan, pun sambut birthday sama tarikh dengan suami. Kami dan keluarga Azwan memang rapat sangat2.

BFF Suami dan Azwan. Azwan yang tinggal di Penang (sebab dia lecturer di USM) sempat baked a cake for the Borthday Boy.
Birthday Girl and Boy

Leave a Reply