Umrah: A Yearning Fulfilled
Selesai Tawaf: Alhamdulillah kali pertama menjejaki ke Masjidil Haram

Umrah: A Yearning Fulfilled

Tanggal 28 Disember 2017 merupakan hari paling bersejarah dalam hidup Kak Yan. Pada hari ini Kak Yan dan suami berlepas ke Tanah Suci Madinah dan Makkah untuk melakukan ibadah umrah.

Memang Kak Yan tak dapat bayangkan yang Kak Yan akan dapat jemputan untuk ke Makkah dan Madinah. Masa sampai di airport pun Kak Yan masih tak percaya lagi.

Malam sebelum usah ceritalah, memang Kak Yan tak boleh nak tidur pun. Pukul 3 pagi dah terjaga.

Alia dah book Grab untuk kami ke airport pagi tu. Punyalah awal kami bertolak dari rumah, pukul 7.30 pagi dah sampai airport, walhal flight pukul 1 tengah hari.

Seperti mana orang lain, Kak Yan pun punya rasa risau dan gentar nak ke Tanah Suci ni. Maklumlah pertama kali. Kami pergi melalui Andalusia Travel. Dan naik penerbangan sewa khas – maknanya satu kapal terbang pergi umrah.

Sampai di Madinah sudah hampir waktu Maghrib waktu tempatan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Selepas melepasi passport control, kami terus mengambil beg kami dan terus mencari Bas no 7, pimpinan mutawif kami Ustaz Ariff.

Sepanjang kami di Tanah Suci, kumpulan Bas nombor 7 ni lah yang menjadi sahabat kami ke sana ke mari. Seronok sebab semua orang ngam with each other.

Sampai di hotel di Madinah, waktu sudah melepasi waktu Isyak. Kami naik ke bilik hotel, makan malam serta solat Jamak Qasar dan selepas tu tanpa membuang masa lagi terus menapak ke Masjidil Nabawi yang terletak lebih kurang 150 meter away.

Umrah: A Yearning Fulfilled
Insan Kerdil: Suami dan Kak Yan seusai solat Jumaat di Masjid Nabawi

Punyalah teruja. Cuaca pulak sangat nyaman, maklumlah musim sejuk.

Apa pun, sepanjang di Madinah, kami melakukan Ziarah Dalam (melawat Raudhah dan sekitar perkarangan Masjidil Nabawi yang indah), Ziarah Luar (melawat Masjid Quba, Medan Uhud, Ladang Kurma), serta melakukan majlis tahlil di hotel penginapan.

Umrah: A Yearning Fulfilled
Ziarah Luar di Madinah: Kami suami isteri di hadapan Masjid Quba

Selebihnya memang kami beriktikaf di masjid – bukan senang nak datang kan?

Setelah 4 malam di Madinah, tibalah masa kami bersiap sedia untuk ke Makkah.

Kami bertolak selepas Zohor, dan setelah singgah bermiqat di Bir Ali dan singgah di R&R untuk makan malam (saya tak makan takut sakit perut), kami pun sampai di Kota Makkah lebih kurang jam 10 malam.

Setelah membersihkan diri di bilik hotel, kumpulan kami pun bergerak menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah Umrah wajib dengan dipimpin oleh Ustaz Ariff.

Tak tertulis betapa sayu dan kagum rasa hati ini bila pertama kali berhadapan dengan Kaabah. Memang berasa seperti diawang-awanganlah. Kami pun perlahan-lahan melakukan tawaf.

Sedar-sedar sudah selesai tawaf. Setelah itu kami berehat menunaikan solat sunat sebelum beredar untuk melakukan Saie pulak.

Mujur Ustaz Ariff berjalan perlahan-lahan, bolehlah kami mengikutinya dengan dengan mudah. Saya lihat  kumpulan lain ramai yang terpecah dengan mutawif mereka.

Setelah sejam lebih kami pun selesai melakukan Saie dan seterusnya menamatkan Umrah wajib kami dengan melakukan tahlul. Alhamdulillah.

Kami perlahan-lahan pulang ke hotel yang terletak lebih kurang 350 meter dari Masjid. Jam waktu tu menunjukkan pukul 2 pagi.

Mujurlah di hotel kami memang tersedia ada minuman panas dan biskut serta roti bakar (buat sendiri lah). Sebelum tidor kami pun makan sedikit menghilangkan lapar. Lega.

Keesokan harinya saya dan suami banyak beriktikaf di masjid saja sebab di musim-musim sejuk  memang masuk waktu solat memang dekat-dekat.

Sepanjang di Makkah, kami melakukan dua kali lagi ibadah Umrah selain menziarahi tempat-tempat menarik seperti Jabal Rahmah, Masjid Siti Aisyah di Tana’im, Mina dan Muzdaliffah.

Kumpulan kami ada juga menganjurkan lawatan ke Gua Hiraq di puncak Jabal Nur.

Saya cakap kat suami saya tak payah la kita pergi, Jabal Rahmah tu pun kami tak larat nak panjat. Bergambar pun kat kaki bukit tu je. Dah tak pergi tu kami pun ambil kesempatan untuk buat sunat Tawaf.

Sesungguhnya kesempatan yang Allah kurniakan ini amatlah berharga buat saya dan semoga ada rezeki untu kami pergi sekali lagi bersama-sama anak-anak pulak. InshaAllah.

Leave a Reply