Harijadi Suami 2021 – Part 2

Harijadi Suami 2021 – Part 2

Sambung lagi cerita pasal harijadi suami. Kali ini bahagian kedua pulak. Walaupun kejadiannya dah lama, tapi Kak Yan nak jugak cerita atau kongsi gambar masa harijadi tersebut.

Disebabkan harijadi suami jatuh pada hari Isnin, Kak Yan nak jugak sambut dengan masak masakan dari air tangan Kak Yan. Walaupun kami sudah sambut pada hujung minggu sebelumnya (memandangkan Asma selalunya balik lambat dari kerja), rasa tak puas pulak bila pada tarikh sebenar harijadi suami, tak sambut apa-apa kan.

Kak Yan seperti biasa akan plan ‘table setting’ dulu dengan anak-anak. Kali ini Kak Yan buat table setting dengan Alia. Kami pilih warna pastal. Bunga putih, pinggan warna pink lembut dan napkin yang berwarna kelabu. Gelas lama dan alas meja warna-warni yang lembut. Semuanya nampak serasi. Sweet sahaja nampaknya. Puji diri sendiri pulak ye.

Anak-anak beli kek birthday untuk suami. Kek keju apa tah. Tapi sedap yakmat.
Kak Yan masak nasik arab , dalca dan salsa. Ayam siap ada dekat dalam nasik tu.
Dan air tembikai kesukaan suami.

Doa Kak Yan semoga kami dapat sambut banyak lagi harijadi bersama-sama sebagai satu keluarga. Moga Allah berikan kesihatan dan kebaikan dan sentiasa dirahmati.

Leave a Reply