Jejak Kasih with Norlia
Jejak Kasih: (dari kiri) Norlia, Azian, Zakiah dan Fatimah. Empat perempuan Melayu sungguhkan nama kami.

Jejak Kasih with Norlia

Antara rakan rapat semasa di sekolah dulu ialah Norlia. Dah cuba cari dia – dia tak ada pulak di mana-mana media sosial dan bila mana saya pulang ke kampung dan bila lalu depan rumah mak bapak dia di Bukit Pekan rumahnya sunyi saja.

Sehinggalah satu hari tak lama dulu kami ke kenduri kahwin di kampung saya di Temoh dan terjumpa dengan kakak ipar dia. Dapatlah saya ambil nombor telefon dia. Rupanya dia dah duduk di Kuala Kubu Baru.

Alhamdulillah, tak lama selepas berhubung, Norlia menjemput kami ke majlis perkahwinan anak lelakinya.

Apa lagi, dek kerana memang sangat-sangat rindukan Norlia, saya lantas mengajak suami ke majlis tersebut. Sedang elok majlis diadakan pada cuti Hari Kebangsaan. Rakan sekolah yang lain Timah dan Kiah pun hadir sama.

Terubat rindu pada Norlia. Alhamdulillah.

Leave a Reply