Memori Nasi Lemak Kopi O
Kenangan Indah: Kak Yan with the wonderful and amazing NLKO hosts.

Memori Nasi Lemak Kopi O

Antara kenangan paling indah dalam hidup ini ialah bila diberi peluang untuk bersama bersiaran dengan rancangan bual bicara pagi di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O.

Hampir selama satu tahun tiga bulan, Kak Yan bersiaran setiap hari Jumaat mengendalikan segmen Bento. Satu experience yang sangat membuka mata Kak Yan. Hari ini Kak Yan melabuhkan tirai segmen tersebut.

It was really an honour to be part of these amazing people – the hosts, crew and producers. Sangat- sangat baik mereka mereka ini. Kak Yan will miss all of you terribly.

Teringat lagi taggal 26 Disember 2015, sewaktu Kak Yan dan suami dalam perjalanan ke Sitiawan untuk menghadiri majlis kahwin saudara bila tiba-tiba Kak Yan mendapat panggilan telefon dari saudara Zamhaya or something like that, yang merupakan salah seorang broadcast journalist di program tersebut.

Dia mempelawa Kak Yan untuk masuk TV pada hari Jumaat pada 1.1. 2016.

Orang tak pernah masuk TV, memang teruja gilalah Kak Yan. Bukan Kak Yan sorang tapi suami dan anak-anak pun turut tumpang kalut gumbira.

Memori Nasi Lemak Kopi O
Hari Pertama: Kak Yan dn Rafiza bergambar bersama dengan dua orang pengacara NLKO hot Talib dan Lukh.

Alhamdulillah, berkat buku-buku Idea Bento yang Kak Yan tuliskan itu mendapat perhatian pihak TV9.

Tiba hari bersiaran, pagi-pagi buta lagi Kak Yan dan suami dah sampai ke Seri Pentas. Excited punya pasal. Editor Kak Yan, Rafiza pun join sekali dengan suami dan anak-anak dia.

Segmen Kak Yan merupakan segmen yang paling akhir, dalam pukul 8.45 pagi tapi kami pukul 7.30am dah tercanguk di depan Seri Pentas.

Sementara menunggu tu Kak Yan set-upkan lah meja di depan pintu utama Seri Pentas. Oleh kerana Kak Yan akan menggoreng guna kuali, segment itu terpaksa dibuat di luar studio (yang mesra kuali dan memasak).

Ingat lagi pagi tu hosts NLKO ialah Abu Talib Husin dan Lukman Hakim. Satu round lagi teruja jumpa orang popular.

Nak tahu cerita, Talib lah orang yang bertanggung-jawab memanggil Kak Yan dengan panggilan Kak Yan. Masa tu Kak Yan suruh panggil Kak Azian, tapi Talib degil.

Sampai sekarang melekat panggilan Kak Yan tu. Heheheh. Dan ingatkan pelawaan untuk muncul di NLKO ini hanyalah untuk sekali tu sahaja tetapi apabila kami selesai bersiaran, Roy datang cakap yang produser nak berjumpa kami. Kami pun pergilah berjumpa Ann, Kim dan Chris dan mereka menawarkan untuk Kak Yan muncul setiap Jumaat selama setahun.

Of course lah Kak Yan kata yes. Maka itulah mulanya Kak Yan terus bersama NLKO. 

Dan pagi tadi adalah merupakan kali terakhir untuk segmen Bento setelah lebih setahun bersiaran. Sesunnguhnya ia akan kekal menjadi kenangan terindah buat Kak Yan.

Memori Nasi Lemak Kopi O
Last Day: Selesai segmen Bento NLKO untuk kali terakhir. Kak Yan bergambar bersama dengan hosts dan crew yang sangat baik hati.

Apa pun Kak Yan memang tak sangka that I can talk (while cooking) on TV. Siapa sangka kan? Kak Yan hanyalah seorang suri rumah saja.

Thank you NLKO. PS – Rupanya Zamhaya tu merupakan seorang influencer yang maha popular – IG dia ialah Rozam Sufrie dan semasa NLKO bersiaran dia ada segmen dia sendiri setiap Sabtu iaitu Roy Cari Makan.

Leave a Reply