The Rangkuman of the First Half of 2023

The Rangkuman of the First Half of 2023

Diam tak diam, kita dah setengah tahun di tahun 2023 ni ya. Blog ni pun dah bersawang sebab lamanya Kak Yan tak update. Maklumlah dok kalut dengan YouTube, Facebook, Instagram dan Tik Tok, memang tak cukup masa nak cekoh (bak kata orang Perak) blog ni. Tapi Kak Yan masih sangat sayangkan blog ni. Apatah lagi, Kak Yan bermula pun dengan blogging, walaupun hakikatnya memang Kak Yan bukannya ahli menulis-nulis ni.

Jadi untuk entry kali ni, Kak Yan rangkumkan lah je peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang enam bulan pertama 2023 ni lah ya. Paling tidak pun dapat dijadikan kenangan untuk Kak Yan sekeluarga.

Moh le ikut Kak Yan:

JANUARI

New Year’s Eve dinner. Dah macam tradisi keluarga pulak kami berlima masak2 western dan makan di malam tahun baru ni. Tahun ni kami masak roast chicken, crispy salmon, chicken soup dan baked potatoes among others sebagai juadah menyambut 2023. Alhamdulillah for the rezeki. Lepas dinner, kami layan Netflix.
Keesokan harinya anak sulong Alia treated us to a New Year’s Luncheon at the Yellow Brick Road @ The Five. Nampak gayanya tak dan masuk Zohor on the first day of January, kami dah break our New Year’s resolution nak kuruskan badan ya. Tak pa, panjang umur, kita look forward ke New Year 2024. InshaAllah. Hehehe.
Mid January, kami terima undangan perkahwinan anakanda Abang Amin yang merupakan jiran sekampung kami di Temoh dulu. Dan tak disangka2 dapat bertemu juga dengan jiran-jiran sekampung yang lain yang memang dah bertahun2 tak jumpa macam Kak Yah (kakak Abang Amin) dan anak-anak Wan Lah serta Kak Ama anak Pak Sulong. Maklumlah kami semua mostly nya sudah berpindah ke Kuala Lumpur sejak habis sekolah dan terus hilang contact. Syukur for the wedding yang menghimpunkan kami.
Minggu seterusnya pulak kami ke Bangi bagi menyantuni perkahwinan puteri-puteri Hussein dan Lyn Rahman. Hussein merupakan Ketua Editor Harian Metro sementara Lynn pulak merupakan bekas rakan sekerja Encik Mior (suami Kak Yan le tu) kita di NST dan Majalah Jaring dan sudah jadi life-long friends kami.
Setiap tahun, InshaAllah, kami di MISA Clan (keluarga besar my suami) akan make sure nak buat makan-makan family at least setahun sekali. Selalunya kami pilih waktu cuti Tahun Baru Cina sebab masa ni lah semua orang memang bercuti. So tahun ni kami makan besar di Niyom 26 @ Tropicana Gardens Mall. Sedap giler the Thai food kat sini. Dari hari ke sehari Kak Yan dok plan nak pergi lagi tapi masih tak berkesempatan.
The elders of of MISA Clan. My biras, brother in law, suami dan Kak Yan. Tahun ni adik ipar Mior Azmi dan isteri dia LIna tak dapat hadir sebab tak sihat.

FEBRUARI

Kak Yan dan suami punyalah seronok dan berbesar hati bila Wancik (mak sedara suami Kak Yan) telefon bagitau nak datang lunch di satu hari Sabtu di bulan Februari. Wancik dan Chu (adik dia) serta suami Chu, Pak Su, tinggal di Pengkalan Pegoh dan sangat jarang datang ke rumah kami. Maka Kak Yan pun readykan lah menu istimewa ala kampung dan ajak sekali adik serta adik-adik sepupu yang tinggal di sekitar Lembah Kelang ni untuk turut serta surpisekan Wancik dan Chu. Best sangat dapat berkumpul macam ni. Fun sangat sampai senget2 lapik meja makan ya.
Ini pulak adalah kami dengan sepupu2 suami – Aisyah, Didi, Aida and Anom – yang tatkala sebelum Covid melanda lagi dah get together forming one whatsapp group aptly named Geng Istiqomah Kurus. Kiranya a whatsapp group untuk kami bagi semangat antara satu sama lain untuk menguruskan badan. Namun sampai sekarang kami tak kurus-kurus nampaknya tapi kami tetap Istiqomah update progess berat badan kami every two weeks.
Jumpa anak-anak saudara suami Safia, Soraya, Sabrina dan Adam di satu wedding di Shah Alam. Anak kami sendiri tak ikut pergi wedding nih.
Minggu akhir bulan Februari kami attended satu lagi wedding di Shah Alam. Kali ni kenduri adik Miza iaitu isteri Naim, anak sedara Kak Yan. Naim ni anak arwah abang Kak Yan, Nyah. Seluruh keluarga Naim, termasuk Kak Zai, kak ipor Kak Yan, hadir sama di majlis ini. Ini gambar Kak Yan dengan Naim (baju biru) dan adik2 dia Amin dan Fudhail. Si comel yang Kak Yan tengah dukung tu adalah anak Amin.

MAC

Kawan baik kami Dr Azwan mulai bersara dari Universiti Sains Malaysia pada bulan ini. Bagi meraikan this milestone, Che Wang mengadakan majlis persaraan di rumah kakaknya di Kelana Jaya yang dihadiri rakan-rakan baik. Malangnya, Kak Yan tak sihat dan terpaksa miss out this parti muda mudi but suami Kak Yan join sekali. Ini pix kek istimewa orang pencen bersama Che Wang, Wan Sab (her bff) and En Mior.
Faizah, anak saudara sulong Kak Yan, datang bertandang ke rumah dengan anak-anak dia Zara, Solihin, Farhan dan Fahim. Hilang rindu.
Ramadan menjelang lagi di bulan Mac ini. Ini kami datang bertandang ke rumah Kak Long di KJ untuk moreh joining Che Wang dan Baidura (another friend from NST days)

Untuk project Youtube Ramadan kami tahun ni, Kak Yan berkongsi episod-episod “15 Hari 30 Resipi” di mana En Mior pun join jadi co-host. Penat tak terkata nak siapkan 30 resipi Hari Raya kali ni. Semoga ada manfaat untuk yang menonton.

APRIL (PALING BUSY MAKLUMLAH BULAN RAYA KAN)

Sebelum kita menyambut Hari Raya, kami sambut Birthday Kak Yan dulu yang jatuh pada 17 April. Juadah birthday tahun ini ialah Fried Chicken Hot Bird yang sangatlah sedap serta vanilla milkshake yang dibuat oleh anak2.
Tema birthday tahun ini ialah American Diner Party – again idea dan courtesy anak-anak. Loveeeeeee.
Inilah set Fried Chicken daripada Hot Bird yang sedap awesome itu.
Dan tak lama kemudian Syawal pun menjelma. Kami start celebrate di malam Raya di rumah adik ipar Mi & Lina di USJ3. Kali ni keluarga Shah Alam tak join sebab depa balik beraya ke Dungun but our USJ cousin Iza and Shukor joined us malam tu.
Keesokan hari di Raya Pertama, seperti biasa, kami meraikan kaum keluarga yang sama-sama beraya di KL. Ini kami bersama keluarga Kak Zai, Nisah dan Fudhail dan Timah serta cucu-cucu sedara Fauzaan, Farhan, Hannah dan Hanif.
And so happy bila adik2 sedara kesayangan dari Gombak join sekali – thank you Aida, Ain, Pipa serta Mi and Lina and Zizah for coming.
One with anak sedara Shibli and Naslia serta anak-anak Shaheem, Hussein dan Basheer.
With another Gombak cousin Anom, Nasir and anak-anak Zikry dan Sarah.
One with anak sedara Naim aka Azim, Miza dan anak2 Safia, Sebah and Atief.
Tetamu istimewa Ijat and Walis.
Kawan2 Alia yang datang beraya – with love.
One with our favorite couple Baz dan Hykal serta their adorable kids Maryam dan Mikail.
The most happening tetamu tahun ni jatuh kepada Tutu dan Neb.
Second day Raya kami tergolek tidor kepenatan tak buat apa2 pon. On the third day, Alia ajak jalan-jalan ke Pavillion KL sebabnya Kak Yan pon tak pernah jejak kaki ke situ.
Ber OOTD Baju Raya di depan Pavillion. Gitu. Malamnya kakak sulong Yong dan Yeop datang beraya dan stay overnight tapi tak dan amik gambor sebab kami semua dah pakai baju kelawar la plak.
Beraya di rumah Kak Long di Kelana Jaya with Che Wang and Kak Long. Mee Jiwa Rasa Gelora yang menjadi hidangan utama amatlah sedaaaaappppppp.
Dalam dua minggu selepas Raya, kami jemput kawan lama Kak Yan di UiTM dulu datang lunch. Inilah adik2 kesayangan masa zaman belajar dulu – June and Angah.
Di hari yag sama, Sharina serta anak2 teruna dia pun turut serta.

MAY

Bulan May dimulakan dengan a trip down south ke Muar menziarahi rakan baik suami dan Che Wang di zaman NST dulu – the one and only Alam. What a fun trip and tak kering gusi ketawa sepanjang hari for us that day. Must come again soon. Newly renovated family home yang Alam duduki sekarang ni sangat lah cantik. And the best part kami bawak balik berbakul buah kuining. Jenuh menyambal.
Kami juga meraikan BFF suami dari zaman Universiti Malaya iaitu Dr Salleh dan isteri Dr Hasni seta anak bongsu mereka.
Raya Gathering Round 2 – Mengakhiri Syawal, kami buat majlis makan-makan Raya sekali lagi especially untuk family dan kawan2 yang masih tak berkesempatan beraya dengan kami lagi. Yang ni geng MISA Clan terutama keluarga Chor dan Che Chor serta anak2 yang beraya di Dungun terlebh dahulu.
Ini pulak anak-anak sedara yang tak dpt dtang masa first day Raya hari tu, Affan and Ila, Suhail and Rai, Liha and Faiz serta Nurul dan anak-anak mereka.
Due to Covid, dah banyak tahun Chedd dan Wanie tak dapat beraya ke rumah kami. Alhamdulillah tahun ni diberi rezeki untuk beraya bersama.
Syafiqah pun turut datang bersama kakak ipar dan anak sedara dia. Hilang rindu gitu.
Raya Round 2 ni menjadi disebabkan Faizan dan Sue yang nak datang beraya. Alang=alang depa jer datang, Kak Yan decided to ajak yang lain-lain sekali lah. Tapi depa dua ni fashionably late la plak hahahaha. Tu sebab kena jadik photographer of the day.
Our friend Wan Sabariah menerima menantu di bulan ini. Alhamdulillah. Wan Sab ialah rakan sekerja suami di Balai Berita dulu dan kini dia merupakan orang kuat di TV3.
Jumpa di wedding – One with Aida Citra Aida, salah seorang host Nasi Lemak Kopi O TV9, yang dah jadi macam adik Kak Yan. Seronok jumpa Aida setelah sekian lama.
Raya in Zulkaedah. Finally abang ipor did a Raya Open House di kediaman mereka. Dan kami juga meraikan dia yang mula bersara di bulan June.

JUNE

Hari tu Kak Yan masakkan Singgang Daging dan Masak Cuka Ikan Haruan dan sambal kuini untuk Chef Wan yang baru pulang bercuti dari Italy -sebab dia kata rindu dah makanan Melayu. Lepas rindu pada mentor Kak Yan ni pun ya dan terima kasih di atas scarf yang cantik itu. Love.
Meraikan perkahwinan Aiman, anak Cikgu Musa dan Kak Nah di Dengkil. Cikgu Musa dan Kak Nah ni antara jiran paling rapat sewaktu kami sama-sama tinggal di Taman Melayu Jaya, Kampar dulu. Sekarang mereka pun dah jadi orang Kay Ell. hehehehe
June disudahi dengan Hari Raya Aidil Adha. Kami tak buat apa pun. Malahan Kak Yan masak rendang ayam sahaja. Lemang dan ketupat beli sahaja. Kuah kacang Raya Puasa pun ada lagi dalam feezer. Niat hati nak masak lontong pun tak kesampaian. But yang penting kami sekeluarga puas hati.

Leave a Reply