100 Ribu Subscribers di You Tube

100 Ribu Subscribers di You Tube

Alhamdulillah, setelah berhuru-hara selama 2 tahun lebih di channel YouTube Kak Yan, akhirnya tercapai juga impian Kak Yan untuk mencapai 100 ribu subscribers pada tanggal 10 Julai 2023. Gembira hati tidak terkata, terasa berbaloi berkongsi resepi di YouTube. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi follow channel Kak Yan yang tak seberapa ini. Kak Yan harap semua terus menyokong channel Kak Yan.

Kak Yan mula berjinak dengan YouTube ni dah lama. Bermula di tahun 2016 lagi tapi Kak Yan hanya share segmen-segmen Bento yang Kak Yan kendalikan untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 dulu. Lepas tu senyap sehinggalah pandemik Covid melanda pada tahun 2020 dulu. Maklumlah masa lapang banyak kan masa tu, duduk rumah tak buat apa pun. Lagi pun tengok ramai juga join in the bandwagon waktu tu. Maka Kak Yan buatlah video-video tak professional Kak Yan bila bermula balik. Lighting entah ke mana, presentation pun ke laut.

Sampailah satu hari kami berbincang suami isteri untuk buat secara serius. Lalu kami “invest” sikit untuk beli equipment segala dan pada hujung tahun kami engage Nik Haziq, seorang anak muda yang kami kenali sewaktu membantu Chef Wan di dalam rakaman Ramadan pada awal 2020, untuk merakam Musim Pertama Kak Yan Memasak. Nik (anak muda yang sangat rajin bekerja) ni lah yang banyak membantu kami untuk membuka langkah pertama untuk mengendalikan Youtube kami ni.

Semenjak hari itu, kami mula merakam resipi-resipi secara consistent (setiap Isnin dan Khamis) sehinggalah kini (walaupun tak lah se-gah cara Nik). Apa pun terima kasih Nik ya.

Dan sekarang ni, Kak Yan tak sabar menanti Youtube ‘s silver plaque (yang diberi oleh pihak Youtube kepada setiap content creator yang mencapai 100 ribu subscriber) sampai ke pangkuan Kak Yan. Chewah!

Apapun, ucapan terima kasih sekali lagi untuk semua subscribers. Sayang semua.

Leave a Reply