Juadah Raya 2022

Juadah Raya 2022

Hari Raya 2022 memang meninggalkan banyak kenangan. Ye lah, satu Malaysia terkejut apabila diumumkan Raya diawalkan sehari. Kalut dan huru hara satu negara. Kami pun tak terkecuali. Itupun mujur dah siap merendang ayam dan masak dendeng daging. Tapi rumah tak berkemas lagi. Makanya kami berlima beranak kelam kabutlah menyiapkan rumah dan buat kek tambahan pulak ramai keluarga telah dijemput untuk hadir.

Hasilnya adalah seperti berikut.

Inilah meja juadah utama kami Raya tahun ni. Dek kerana rumah sempit, kami buat buffet – mudah orang nak menjamu selera.
Nasi Minyak (actually Kak Yan guna paket Nasi Arab Yemen yang sedap tu). Mudah je nak membuatnya.
Ayam Masak Merah – Best friend Nasi Minyak
Ni Dendeng Daging – resipi arwah Mak Mertua. Anak dia request.
Dalca – Another must have untuk jadi kawan Nasi Minyak
Jelatah Nenas Berkacang – Old School sikit tahun ni.
Section lemang, ketupat palas dan ketupat nasi. Yang ni beli jer of course.
Rendang Pedas Ayam untuk jadi partner lemang dan ketupat palas
Kuah Kacang ni pulak jadi kawan ketupat nasi
Rainbow Cake from (Instagram: Ms_Tinaz) yang jadi kepala meja buffet manisan. Rupa old school and rasa sangat sedap.

Untuk manisan, selain biskut2 Raya, my daughters and I baked cupcakes dan butter cake.
Tiba2 dalam kelam kabut malam Raya terajin pulak lebih – hasilnya ialah Agar-agar Kelapa yang super sedap
Sewaktu ke pasar padaa Sabtu sebelum Raya, terjumpa pulak Buah Kantor ni. Makanya dibeli dan dimasak dengan air gula. Nostalgia sebab ni kegemaran kedua-dua arwah bapak dan bapak mentua waktu Raya.
Bunga2 hidup menjadi penyeri di meja makan. Ni sponsored by anak sulong.
Another jambangan bunga
Bunga dan vase merah by anak tengah di meja Dessert Buffet
Another jambangan – penuh bunga Raya kali ni.

Leave a Reply