MISA Clan Annual Gathering
Family Photo: The 15 of us

MISA Clan Annual Gathering

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini adik-beradik suami saya mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya berkumpul setahun sekali merapatkan silaturrahim.

Kena pulak kedua bapak mertua dan emak mertua saya pun sudah kembali ke Rahmatullah, maka kami adik-beradik decided to at least meet up once a year.

Nasiblah jugak yang adik-beradik suami saya tak ramai. Hanya ada seorang abang dan seorang adik. Kami pun tinggal tak lah berjauhan from each other pun. Yang sulong di Shah Alam manakala kami dua lagi di USJ.

Tapi biasalah tinggal di KL ni, nama je dekat tetapi nak jumpa memang susah sangat. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Tu yang decided that every cuti Chinese New Year, where almost everybody will be on leave, the MISA Clan will meet up. (MISA tu mengambil sempena cantuman nama bapak mak mertua iaitu Mior Mohd Isa dan Hafsah).

Anyway, tahun ni kami ber potluck di kondo Chor (abang ipar) di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.

Aturcaranya hanyalah makan serta tidur kemudian makan kembali. Lepas tu bersembang dan bersembang lagi. Petangnya we decided to play a game of Mafia.

Punya lah serious bermain sampai membawak sampai pukul 10 malam.

Time well spent, indeed! Alhamdulillah for another year.

Leave a Reply