Ceritanya begini. Asma, our second daughter, concluded her study di Universiti Islam Antarabangsa pada awal Januari 2019 lalu. Selepas tu, while waiting for her chambering placement, dia berehat sekejap dan selalu jugak jadi assistant Kak Yan bila Kak Yan ada show kat Go Shop and Borak Kopitiam di TV3. Then tak lama lepas tu dia started her chambering di Damansara.
Kiranya dah hampir setahun jugaklah menunggu barulah Majlis Konvokesyen UIAM ni berlangsung – iaitu pada tanggal 24 November lalu. Punyalah lama sampai Kak Yan pun dah lupa sebenarnya.

Tapi, pada Kak Yanlah, konvo di UIAM ni macam unik dan menarik sangat. Bukanlah kata kat university tak ada tapi meriah dia lain macam.
For one, rata-rata para graduan akan buat pre-photography session dengan memakai jubah mereka. Dan photos depa ni memang sangat creative. Lain dari yang lain. Rare bak kata orang sekarang. They have a very unique graduation celebration culture.

Asma pun terjebak sama. Siap pada photo session dengan kawan-kawan one week before.
Pada 24 Nov lalu, tibalah masanya konvokesyen Asma berlangsung. Kami pergi bertiga sahaja. Seperti dijangka, memang meriah. Nak nak pulak foreign students memang havoc celebration mereka. Siap menari-nari lagi.

Apapun selesai sudah semua anak-anak Kak Yan belajar di kolej masing-masing. Semua pun dah bekerja. Alhamdulillah.
Sekarang orang asyik bertanya bila nak menerima menantu pulak. Hahahaha.
