Ayam Bercili Ala Hakka

Ayam Bercili Ala Hakka

Masakan Hakka selalunya adalah campuran antara masakan cina dan india. Ayam bercili ini ataupun dipanggil chilli chicken adalah makanan yang popular di Kolkata, India.

Ceritanya bermula apabila ada sekumpulan masyarakat cina yang tinggal di Kolkata dan mereka memasak ayam bercili ini. Ianya tidak lah serupa dengan ayam bercili kita. Tidak menggunakan cili kisar. Malah hanya menggunakan cili hijau dan sedikit cili padi sebagai pilihan.

Bagi Kak Yan masakannya lebih kurang seperti ayam sos tiram atau pun ayam masak kicap versi tak pedas. Yang istimewanya ialah ianya menggunakan lada benggala. Jadi rasa lada benggala tersebut terasa serasi di dalam kuah tersebut.

Ayamnya pula di goreng dahulu. Terasa pula seperti makan ayam ‘pop corn’ yang di salut dengan kuah.

Secara keseluruhannya, Kak Yan sangat berpuas hati dengan rasa ayam bercili ala hakka ini. Senang di masak dan sesuai dihidangkan sebagai satu menu untuk satu hidangan.

Nampaknya Kak Yan kena masak lagi lah. Satu rumah pun suka dengan ayam masak sebegini.

Ayam Bercili Ala Hakka

Bahan-bahannya:

3 keping isi ayam (dipotong dadu)
1 biji bawang holland (dipotong 6)
1.2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala kuning/merah
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 biji cili hijau (dipotong serong)
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan Perapan
1 inci halia (diparut atau dicincang)
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cuka putih
Cara membuatnya:

Gaulkan isi ayam bersama halia dan bawang putih. Perap selama 30 minit.
Gaulkan bahan sos.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak.
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sos bersama bawang holland, cili hijau dan kesemua lada benggala.
Masukkan ayam tadi dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Leave a Reply