Hainanese Chicken Chop

Hainanese Chicken Chop

Selalunya hainanese chicken chop ini dijual di kopitiam. Kak yan pun tak ingat apa nama kopitiam tu. Tapi dekat situ lah kali pertama Kak Yan merasa chicken chop sebegini.

Kali pertama makan chicken chop ni, hati terus tertarik. Lain sungguh rasanya. Terasa puas makan dan rasa kena sangat dengan tekak ni. Ini bukan masakan baru. Dah lama dah.

Sekali-sekala kita tukar cara masak apa salahnya. Masak chicken chop cara ini pun bukannya susah. Lagi senang ada lah. Lagi pun bahan-bahan yang digunakan selalunya ada sahaja di rumah.

Kalau ada tetamu datang pun kita boleh sajikan chicken chop sebegini. Kerjanya senang dan tetamu pasti puas hati.

Resepinya ada di bawah dan kalau nak tengok cara memasaknya boleh klik DISINI.

hainanese chicken chop

Hainanese Chicken Chop

Bahan-bahannya:
2 ketul isi ayam (dibunag tulang dan di kelar)
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Bahan Perapan
2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada sulah
¼ sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Kuah
½ biji bawang holland (didadukan)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
½ cawan sos tomato
½ sudu teh kicap cair
1 sudu teh Les & Perrins (optional)
½ sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Gaul ayam bersama bahan perapan dan perap selama 1 jam atau lebih.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Pukul telur dan celupkan ayam dengan sekata.
Goreng sehingga kedua-dua belah keperangan dan ayam masak. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan sos tomato, kicap cair, lea & perrins dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan tepung jagung. Biarkan sehingga kuah pekat.
Tuangkan kuah ke atas ayam dan sedia untuk dimakan.

Leave a Reply

Recipe Rating