Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa

Lempeng kelapa ataupun ‘Peknga’ merupakan salah satu menu yang disukai ramai. Dengar nama pun dah rasa terliur.

Kebiasaannya, lempeng kelapa ini dimakan untuk sarapan pagi. Dicicah bersama kuah kari ataupun sambal ikan bilis.

Teringat arwah mak dulu, suka sangat makan lempeng dicicah dengan ikan sardin. Tapi mak tak suka bubuh kelapa. Biar kosong macam itu sahaja dan kami panggil tepek.

Arwah mak kalau sarapan memang kena makan yang berat-berat. Selalunya mak suka makan nasi sejuk dengan lebihan lauk semalam. Pagi-pagi lagi mak dah perangat lauk pauk lebihan tersebut. Harum semerbak dapur pagi-pagi.

Itu cerita orang dulu. Bagaimana pulak dengan generasi sekarang. Masih sukakah makan menu sebegini untuk sarapan?

Bagi anak-anak Kak Yan, mereka memang suka makan apa jenis lempeng pun. Ada pulak seorang yang suka cicah lempeng dengan susu pekat. Macam-macam la…

Apapun nak bagi lempeng kelapa ini lagi sedap dan gebu, boleh tonton youtube di bawah. Ada rahsia tau…

‘Selamat Mencuba’.

Leave a Reply