Kek buah sebegini memang agak jarang kita jumpa. Selalunya setiap kali raya, yang kita dengar adalah kek buah kukus sahaja. sampai ke tahap kalau perkataan kek buah tu dah memang faham yang ianya adalah kek buah kukus.
Sebenarnya kek buah juga ada yang jenis rebus. Maknanya sebelum ianya diadun menjadi kek, buah-buahan yang kering di rebus dahulu dengan gula merah, gula perang dan mentega. Kemudian akan di perap semalaman.
Kek buah rebus ini adalah versi kek buah yang senang. Tak perlu nak masak gula sehingga menjadi gula hangus dan tak perlu dan kukus sampai berjam-jam.
Senangnya membuat kek buah rebus ini sampai tak perlu guna kan ‘mixer’. Hanya gunakan senduk kayu sahaja sudah mencukupi.
Senang sangat bunyinya kan. Sedap ke?
Satu dari keistimewaan kek buah rebus ini ialah ianya masih mengekalkan rasa ‘moist’ nya itu. Dari segi rasa ianya tak jauh beza dari kek buah kukus. Cuma warnanya agak gelap kerana ianya menggunakan gula merah dan gula perang.
Tapi ini lah kek buah yang Kak Yan mula-mula belajar dulu. Kakak Kak Yan yang ajar. Terima Kasih Kak. Rasanya kakak Kak Yan pun dah tak simpan resepi ini lagi.
Asalnya kek buah ni memang orang putih yang mula-mula buat. Kalau ‘british fruit cake’ selalunya ada pelbagai jenis kismis, buah-buahan, kacang, rempah dan alkohol. Dibuat berminggu-minggu dan boleh simpan lama. Selalunya dihidangkan semasa christmas. Dibalut dengan marzipan dan gula icing.
Lama-kelamaan terasa kosnya terlalu mahal dan penyediaannya agak susah, terhasil lah kek buah rebus ini.
Lebih senang, murah dan rasanya pun sedap.
