Western Take – Beef Stew

Western Take – Beef Stew

Kalau makan kat kedai macam ni memang paling kurang pun RM 25 sepinggan.

Kak Yan pernah kena. Exactly macam Kak Yan masak tu harganya RM 35 sepinggan. Berebut-rebutlah kami satu family makan. Kelakar pulak bila diingatkan masa tu.

Sekarang ni nak makan selalu pun boleh. Dah tau dah masak macamana . Kalau dikirakan modal takla semahal makan dekat kedai dan rasanya masak sendiri lagi puas hati.

Kak Yan ni sejenis yang kalau makan apa-apa masakan yang pelik-pelik mesti nak tau macamana nak masaknya. Tu yang asyik cuba sana dan cuba sini tu. Segala benda Kak Yan teringin nak cuba. Tu yang berat badan yang ringan-ringan dulu dah tambah muatan.

Walaubagaimana pun beef stew ni sangat sedap. Nak hidang untuk tetamu yang datang ke rumah pun boleh. Cubalah ye..

Beef Stew

Bahan-bahannya:
500g daging batang pinang
1/2 biji bawang holland(didadukan)
1 biji lobak merah(dipotong besar)
2 batang saleri(dipotong kasar)
2 batang leek(dipotong besar)
5 sudu makan minyak makan
1 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
400 liter stok ayam/daging
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh tyme
3 helai daun bay
1 sudu teh rosemary
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Cara membuatnya :
Gaul daging bersama lada hitam dan sedikit garam. Biarkan sebentar
Panaskan minyak dan goreng daging sebentar. Angkat dan ketepikan
Dengan menggunakan lebihan minyak tadi masukkan bawang dna masak sehingga layu.
Masukkan mentega dan tepung. Masak sehingga tepung keperangan.
Tuangkan stok sedikit demi sedikit dan sambil itu terus mengacau sehingga terhasil sos yang pekat.
Masukkan lobak merah, saderi, leek, daging, thyme, rosemary, garam dan gula.
Masak sehingga daging lembut.
Hidang bersama kentang putar.

Leave a Reply