Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Mungkin kita jarang makan bubur kacang merah. Selalunya kita makan bubur kacang hijau kan.

Bubur kacang merah yang Kak Yan buat ini adalah salah satu manisan untuk makanan masyarakat Cina. Manisan ini tidak menggunakan santan. Hanya masak kacang merah dengan gula, daun pandan, campuran tepung beras dan diletak sedikit hirisan limau kering.

Sedapnya bubur ini kerana ianya terasa sangat ‘fresh’ .

Kali pertama masak bubur kacang merah ini, Kak Yan gunakan biji kacang merah. Kena rendam dan rebus lama. Adoii..rasa macam berat jugaklah memandangkan Kak Yan bukannya suka masak benda-benda yang renyah macam ini. Walaupun bahan-bahannya tidak banyak mana tetapi nak tunggu kacang merah tersebut sampai lembut, memang menyeksakan.

Handak dijadikan cerita, masa Kak Yan buat prep untuk go shop tempohari, banyak kali jugaklah kena masak bubur kacang merah. Masa tu memang tak ada masa nak rebus kacang merah. Memang tak sempat.

Jadi Kak Yan guna kacang merah yang di dalam tin. Tuangkan sahaja kacang merah ke dalam periuk. Dalam 10-15 minit, dah pun siap. Rasanya lebih kurang sahaja. Malah ianya lagi lembut.

Jadi kalau nak guna kacang merah dalam tin pun boleh. Tak ada masaalah.

Resepi yang Kak Yan kongsi di bawah ini menggunakan biji kacang merah. Kalau nak guna kacang merah tin, hanya tambahkan air, gula, daun pandan, sedikit bancuhan tepung beras dan hirisan limau kering.

Cubalah ye…

Bahan-bahannya:
 
300 gram kacang merah(Direndam selama 1 jam)
6 cawan air
180 gram gula
2 helai daun pandan
3 keping kulit limau kering
2 sudu makan tepung beras dicampurkan dengan 4 sudu makan air
 
Cara membuatnya:
 
Basuh kacang merah dan rebus bersama air sehingga ianya lembut.
Masukkan gula, daun pandan dan kulit limau kering. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tepung beras. Kacau sehingga kuahnya pekat.
 

Leave a Reply

Recipe Rating