Sup Daging Thai

Sup Daging Thai

Dulu jarang-jarang dapat makan sup. Kena tunggu dapat daging korban baru lah boleh masak sup. Masak banyak-banyak sampai seperiuk besar dan kemudian akan hantar semangkuk setiap rumah untuk seluruh kampung. Itulah kenangan masa duduk dekat kampung dahulu.

Sedapnya rasa sup masa tu tidak ada tandingannya. Tentu lah sedap kan bila semua rempahnya di sangai dan ditumbuk. Tak pakai rempah paket. Semuanya guna bahan yang segar.

itu cerita dahulu, sekarang sudah ada macam-macam sup yang dijual Ada macam-macam pes sup di pasaran. Jadi sekarang ni dah banyak pilihan nak makan dan masak jenis sup yang macamana.

Kak Yan pun ada harinya nak makan sup ala mamak. Kadang-kadang nak yang ala-chinese dan kadang-kadang nak yang stail melayu. Dah ada banyak pilihan sup yang boleh di masak. Senang rasanya.

Hari ini pulak Kak Yan masak sup daging thai. Rasanya hari ini dah masak untuk kali yang ke-empat. Setiap kali buat, anak-anak Kak Yan mesti suka. Hirup macam itu saja. Hirup sampai licin satu periuk.

Memang sedap makan sup yang ada rasa masam dan pedas ni. Rasa sangat segar bila menghirup kuah.

Nak masak pun senang. Bahan-bahannya memang senang nak cari. Nak sedap kena rebus lama-lama. Lagi lama direneh, lagi lah sedap. Sedap meletup-letup.

Tengok aje video youtube Kak Yan kat bawah ni. Lepas tengok mesti terliur nak buat.

Sup Daging Thai

Bahan-bahannya:
10 biji bawang merah kecil (dimayang halus)
2 biji tomato (dipotong 6)
5 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan asam jawa dicampurkan dengan 1 cawan air
2 sudu besar jus limau nipis
5 tangkai daun ketumbar (di asingkan akar dna batangnya)
4 sudu besar minyak
Bahan Kuah Sup
300 g daging lembu biasa (dipotong sederhana tebal)
300g tulang lembu
2 cm halia tua(diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
5 helai daun limau purut (disiat-siat)
10 biji cili padi Thailand
4 biji bawang merah kecil
2 batang serai (dititik)
3 liter air
Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan kuah sup ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Kemudian renehkan selama 3 jam.
Sambil itu buang segala lemak di permukaan kuah sup.
Selepas 3 jam, masukkan bawang merah besar, tomato, air asam jawa dan akar daun ketumbar.
Reneh selama 30 minit lagi.
Dengan menggunakan kuali yang lain, panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan.
Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, goreng cili kering sehingga sedikit berwarna gelap. Angkat dan toskan.
Tuangkan sos ikan dna jus limau ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup.
Taburkan dengan bawang goreng, cili kering goreng dan daun ketumbar.

Sup ini antara masakan-masakan menarik yang Kak Yan kongsi di youtube Kak Yan dalam #30dayschallenge.

Jangan lupa subscribe channel Kak Yan ye.

Leave a Reply

Recipe Rating