Eat Out: Dinner at De.Wan 1958 by Chef Wan

Eat Out: Dinner at De.Wan 1958 by Chef Wan

Petang Khamis minggu lalu tiba-tiba ada whatsaap message masuk dan Kak Yan tengok ianya daripada Chef Wan. Dia jemput Kak Yan and suami untuk datang ke restoran miliknya – De.Wan 1958 by Chef Wan – pada malam Ahad nanti. Dia nak belanja katanya.

Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal ye tak, of course la Kak Yan kata yes!

So malam tadi kami pun pergilah ke restoran Chef Wan yang popular tu. Sebetulnya ini kali kedua Kak Yan ke sini. Kali pertama beberapa bulan yang lalu bila Kak Yan ikut suami pergi ke suatu majlis Hari Raya.

So, what can you say about the restaurant? Yes, memang dah ramai orang dan media bagi review pasal restoran ni – rata-rata ramai memuji dan rightly so pun. Makanan dia memang sedap-sedap pun and the décor is top notch.

Dulu lagi Kak Yan dah cakap pada Chef Wan yang Kak Yan salute pada dia kerana dapat elevate makanan Melayu to a world class fine dining stature melalui De.Wan 1958. Tak banyak restoran Melayu yang boleh sampai level ni. Tabik hormat!

Satu benda yang paling Kak Yan teruja sangat kat De.Wan ni ialah the level of customer service dia yang tinggi.

From the moment we stepped into the restaurant, you will be greeted with smiling crew that will make you feel so welcomed. Tu yang Kak Yan rasalah. Macam kita pergi ziarah rumah orang and dapat layanan mesra alam tahap agung je rasa Kak Yan.

And Kak Yan cakap ni merangkumi semua orang daripada front desk dan servers sehinggalah kepada ownersnya ialitu Chef Wan and his business partner Andre. They are very attentive.

In fact, Andre siap datang tolong potongkan ikan bakar untuk kami.

A few months ago, Kak Yan ada tengok Insta Story Chef Wan bila dia sendiri turun padang bilamana Tun M dan family datang makan tengah hari ke restoran ni. Masa tu Kak Yan tengok dia sendiri melayan Tun M, Tun Siti dan keluarga dia beria-ia betul.

And, you know what,  semalam Kak Yan tengok dengan mata kepala sendiri bahawa Chef Wan melayan tetamu dan pengunjung yang datang with the same level of courtesy and attentiveness. Tak ada kurangnya layanan yang diberi baik kepada our Prime Minister or dengan kita-kita ni.

In fact, walau pun dia sibuk tak dapat duduk lama berbual dengan kami, he always made sure kami are well taken care off. Sebenarnya semalam kami segan lah jugak nak order memacam lauk pauk so kami pilih-pilih je lar.

Antara lauk pauk semalam – (dari atas kiri clockwise): Kerabu Pucuk Paku, Ayam Bakar, Gulai Lemak Daging Salai, Udang Masak Lemak, Broccoli Tumis dan Ikan Bakar yang awesome.

After we ordered, dia datang tengok our selection lepas tu dia merungut ada ke Kak Yan order Goreng Brocolli (“Eh, mcam le tak tahu nak masak benda ni kat rumah pulak?” dia menegur).

So lepas tu dia pergi tambah order gulai lemak udang galah and ikan bakar yang out of this world rasanya. Terpaku sekejap bila rasa ikan bakar dia.

Selain tu lauk-lauk lain pun outstanding jugak seperti Gulai Lemak Daging Salai dan Ayam Bakar. And oh ya, starter dia pulak ialah Kerabu Pucuk Paku yang penuh rasa dan penuh dengan kerang dan udang. Sedap gila.

Tetapi yang paling legend ialah Bubur Som Som. First time Kak Yan datang dulu dah makan dah Bubur Som-Som ni. Masa tu rasanya sedap sungguh.

Ni lah Bubur Som Som yang legend tu.

So Kak Yan dan suami tak lepaskan lah peluang mencubanya sekali lagi. MashaAllah, macam rasa dia lagi sedap daripada yang hari tu punya. Terpaku kami seround lagi.

Apa pun, terima kasih tidak terhingga kepada Chef Wan yang sudi jemput belanja kami makan. Bukan itu sahaja kerana dek makanan banyak berlebih, Chef Wan suruh kami tapau semua lauk yang tak habis tu untuk dibawa pulang. Lepas tu tambah pulak lagi lauk tu – Kuzi Kambing dan Ayam MAsak Kuah Kacang. Rezeki anak-anak la pulak tu. Alhamdulillah.

Lepas tu bagi pula Kak Yan dua biji tote bags yang cantik yang merupakan among the merchandise restoran tu. Alhamdulillah.

Siap bertapau lagik

Semoga bisnes Chef Wan yang pemurah ni bertambah maju dan Chef Wan diberi terus berada di bawah limpahan keberkatan Allah,  kesihatan yang baik serta rezeki berpanjangan. Ameen.

Leave a Reply