Go Shop with Pak Nil
With Pak Nil: Insan yang bernama Datuk Aznil Haji Nawawi ni sangat baik hati orangnya

Go Shop with Pak Nil

Awal bulan ni (Julai) tiba-tiba Kak Yan mendapat panggilan telefon daripada Lili. Lili ni dulu bertugas di TV9( masa zaman-zaman Kak Yan bersiaran di NLKO).

Rupa-rupanya dia kini sudah bekerja di Astro selaku assistant producer untuk channel Astro Go Shop, shopping channel tu.

Lili bertanya kot-kot Kak Yan sudi untuk menjadi salah seorang “Friends of Pak Nil” untuk musim ketiga rancangan Go Pak Nil di Astro Go Shop yang dihostkan oleh pengacara tersohor Malaysia Datuk Aznil Haji Nawawi.

Of course lah Kak Yan dan-dan tu jugak bersetuju. Apparently, untuk musim ketiga ni, mereka nak buat kelainan dengan menampilkan “friends” of Pak Nil untuk membantu Pak Nil menjual barang di rancangan beliau.

Kak  Yan adalah seorang daripada tiga orang yang terpilih. Kak Yan sudah tentulah terlibat dengan segala perkara berkaitan dapur seperti air fryer, pressure cooker dan pelbagai lagi. Lagi dua orang tu mewakili gaya hidup sukan dan seni dekorasi.

Asalnya, kami akan merakamkam VT di rumah masing-masing sambil menggunakan barangan yang dijual oleh Pak Nil semasa siaran langsung tu.

Crew Astro dipimpin oleh Mizie akan datang ke rumah Kak Yan untuk shoot segmen Kak Yan. Simple aje kan.

Tetapi itulah kan, sudah nak jadi rezeki, tak lama lepas tu penerbit Kelly dan Lili mintak pulak Kak Yan memasak untuk siaran langsung dan bersiaran sekali dengan Pak Nil serta host terkemuka Go Shop Rai. Alhamdulillah.

Go Shop with Pak Nil
Friends of Pak Nil: Bersiaran secara langsung dengan Pak Nil dan Rai.

Lama kelamaan, Kak Yan juga mulai menjadi Prep Chef dan Demo Shop untuk rancangan-rancangan Go Shop yang lain. Itulah yang dinamakan rezeki tak terjangka.

Apa pun bekerja dengan Pak Nil ini sangat mudah sebab dia adalah seorang yang sangat baik hati dan professional. Dia amat mementingkan punctuality. Banyak Kak Yan belajar dari beliau.

Tetapi dalam ada itu, dia juga memang kelakar. Kalau di dalam meeting, ada sahaja lawak jenaka dari Pak Nil. Memang tak kering gusi dibuatnya.

Terima Kasih Semua Team Go Pak Nil. Team yang best sangat.

Leave a Reply