Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Dari mula pandemik melanda , dapur rumah ini dah macam restoran. Tiap-tiap hari tukang masak kena fikir apa nak masak untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Kena pandai baca citarasa selera penghuni rumah ini. Ada waktunya nak juadah yang simple-simple. Ada harinya dah jemu makan nasi dan begitulah seterusnya.

Yang paling berharga ialah tiap kali Kak Yan masak, semua boleh merasa. Semua makan sekali di rumah. Kalau dulu, anak-anak balik kerja dah malam. Tak sentuh pun juadah yang dimasak.

Kadang-kadang bila anak-anak tengok gambar makanan yang Kak Yan post di instagram, mereka pun tanya. Eh, ‘bila mak masak ni?’. ‘Kenapa kami tak makan yang mak masak ni?’.

Iyelah, kadang-kadang hanya hujung minggu sahaja dapat makan di rumah. Itupun kadang-kadang keluar makan dengan kawan-kawan pulak.

Sekarang semua makan di rumah. Apa yang mak masak kena makan lah dan mak pun berbunga hati bila apa yang dimasak habis dimakan.

Itulah hikmahnya pandemik ini.

Berbalik kepada resepi hari ini. Kak Yan nak kongsi resepi nasi goreng cina. Sudah lama tak makan nasi goreng. Nak keluar beli, malas.

Nasi goreng cina ni memang ada tips memasaknya. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak ringkas tapi teknik memasaknya kena betul. Yang membezakan masak nasi goreng dirumah dengan yang dikedai ialah kuatnya api yang digunakan. Api yang menjulang-julang tu yang bagi extra ummphh kepada nasi goreng cina. Dekat rumah, mana nak dapat api macam itu. Jadi penggunaan api adalah amat penting dalam proses menggoreng nasi. Berbeza rasanya.

Selain dari itu, ada beberapa tips untuk menghasilkan nasi goreng cina yang sedap yakmat.

Jom tengok video masakan di channel youtube Kak Yan di bawah.

Leave a Reply