Bagi pembaca blog Kak Yan. Ni ha nak bagi tahu…Kak Yan dah mula balik #30dayschallenge yang dulu Kak Yan buat di instagram. Cuma kali ini Kak Yan buat di youtube.
#30dayschallenge ini ialah cabaran untuk diri Kak Yan supaya konsisten berkongsi resepi dengan orang ramai. Nak disiplinkan diri pun betul jugak.
Jadi bila Kak Yan buat #30dayschallenge ini, Kak Yan lagi excited nak cuba resepi-resepi baru yang menarik dan sedap. Penat jugak tau. Nak cari resepi dan nak cuba sampai puas hati.
Kali ini Kak Yan berkongsi resepi dalam pelbagai kategori. Ada masakan kampung, masakan yang ala-ala hipster, kuih tradisional, kek dan manisan serta masakan ‘international’ pun ada.
Jadi bagi yang nakkan resepi dan tengok cara Kak Yan masak, boleh lah subscribe channel youtube Kak Yan-youtube/azianhasan12.
Untuk hari pertama, Kak Yan kongsi resepi spaghetti arrabiata. Masak spaghetti arrabiata ni senang ya amat. Rasanya pulak sedap. Bagi anak-anak yang sukakan spaghetti, mak-mak boleh lah masak sebegini.
Silalah ‘like’ dan ‘share’ video Kak Yan ni ye.
