Cerita Hari Ini Dan Nasi Briyani Hyderabad

Cerita Hari Ini Dan Nasi Briyani Hyderabad

Penangan apa tah hari ini, emosi tahap dewata betul. Hari ini macam hari -hari biasa tapi dia punya rasa sedih , rasa tak happynya melalut-lalut. Dia boleh bawak ‘throwbank ke zaman dulu-dulu. Zaman tengah struggle cari duit (sekarang pun masih struggle lagi).

Rasanya macam nak salah kan tiga benda ini.

  1. Pagi tadi timbang berat dan tengok dah naik satu kilo lagi. Sedangkan sebelum timbang tu dah teramat yakin yang berat dah turun. Jadi dah rasa macam nak nangis , tak nangis.
  2. Pergi pasar untuk beli barang dapur. Bawak duit RM150 dan habis macam itu sahaja. Ended bawak balik dua jenis ikan dan sedikit sayur. Sedih.
  3. Pokok bunga yang cantik yakmat, habis kena makan ulat. Habis terus . Hanya tinggal batang aje. Geram.

Rasanya tiga benda ni aje yang buat hari ini macam tak keruan. Tapi bab masak -memasak masih berjalan lancar. Partner videographer tu walaupun kena tempias emosi tak stabil hari ini, masih faham dan selalu cakap,’ I love you’. Alhamdulillah.

Petang tadi, temankan suami potong rambut dan sambil tu duduk minum dekat kedai mamak. Ada satu keluarga sombong dan buat perangai dekat kedai tu (nanti Kak Yan cerita). Kami berdua bergosip sampai ke dalam kereta.

Akhirnya, dah nak maghrib, buat pengakuan dah dua hari tak mengaji. Itu kot sebab emosi tah apa-apa.

Apa pun , jom lah tengok Kak Yan masak nasi hyderabad. Zaman duit cepat hilang macam air ni, kena lah berjimat cermat. Boleh jer masak makanan yang mahal dekat kedai tu dan masak di rumah. Puas makan.

Leave a Reply