Serawa Pulut Mangga

Serawa Pulut Mangga

Pulut mangga?

Kalau cerita pasal pulut mangga ni, benda pertama yang terbayang dekat kepala Kak Yan ialah cantiknya presentation dia.

Bila mangga dipotong cantik dan di susun bersebelahan dengan pulut dan ada pulak santan memang sangat kelas. Betul tak?

Seingat Kak Yan, hanya sekali sahaja Kak Yan makan pulut mangga ni. Itu pun sebab orang belanja.

Emmm…nak kata suka sangat pun tidak dan nak kata tak suka langsung pun tidak.

Cumanya Kak Yan rasa tak berapa gemar bila makan pulut bersama buah mangga yang fresh.

Itu saja.

Nak dijadikan cerita, bulan lepas, Kak Yan kena masak serawa mangga untuk show Chef Wan di Go Shop. Bila dah buat serawa mangga ni elok lah dipadan kan dengan pulut kan.

Masa buat tu memang tak nak rasa sebab Kak Yan tak berapa sukakan pulut mangga. Tapi bila tengok ramai crew berebut-rebut makan serawa mangga dengan pulut, Kak Yan pun teringin nak cuba.

Eh, eh ….sedapnya la pulak.

Bila mangga yang masam manis dimasak bersama santan dan di makan bersama pulut memang serasi. Rasa dia macam ‘ngam’ betul. Kena pulak pulut tu lembut dan berlemak. Aduh, sedapnya.

Apa lagi , lepas go shop tu terus pergi pasar. Beli mangga dan masak serawa bersama pulut. Terduduk lah kami berdua suami-isteri makan. Puas hati sangat.

Jadi bagi yang nak cuba cara lain masak pulut mangga, boleh lah cuba resepi ini.

Mangga tu jangan lah masak sampai lembik dan kuahnya jangan manis sangat. Nanti hilang rasa ‘fresh’ mangga tu.

Cuba lah ye…

Serawa Pulut Mangga

Bahan-bahannya:
2 biji mangga masak (dipotong memanjang)
250 ml santan pekat
1/4 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara membuatnya:
Masukkan santan bersama gula dan garam.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan mangga dan kacau sekejap.
Apabila mangga sudah lembut, tutup api.
Hidang kan bersama pulut.

Leave a Reply

Recipe Rating