Salad Tomato Ala Thai

Salad Tomato Ala Thai

Selamat Tahun Baru 2021!

Terima kasih kepada semua yang selalu singgah di blog Kak Yan ini. Semoga tahun 2021 banyak lagi resepi-resepi menarik yang akan Kak Yan kongsi.

Harapan Kak Yan juga tahun 2021 ini, Kak Yan akan lebih pandai menulis. Lebih pandai bercerita dan di berikan banyak ilham untuk menulis. …Aamiin.

Menyambut tahun baru, selalunya Kak Yan akan makan bersama-sama keluarga. Saja aje nak cari alasan supaya kami dapat duduk bersama makan dan bersembang.

Tahun ini kami buat simple sahaja tapi Kak Yan puas hati. Nanti lah lepas entry ini, Kak Yan akan upload cerita pasal makan malam tahun baru kami ye.

Pada 1hb Januari iaitu semalam, Kak Yan jalan-jalan ke Melaka.

Kisahnya dah lama kami berdua plan nak datang melaka. Saja nak tukar angin. Anak-anak pun suruh kami pergi berjalan. Rimas agaknya tengok mak bapak deme asyik tengok netflix aje.

Jadi Kak Yan menulis ini dari Melaka lah. Kami hanya duduk di hotel sahaja. Hanya jalan dekat kedai-kedai keliling ini sahaja. Takut nak jalan ke tempat ramai orang. Covid kan masih ada.

Jadi hari ini Kak Yan nak share resepi salad tomato dari Melaka.

Resepi ini adalah salah satu resepi hit di igtv Kak Yan. Ramai yang dah cuba dan suka. Ha…yang belum follow Kak Yan di instagram, boleh lah follow. Dekat sana lagi banyak igtv dan resepi tau.

Dekat sini Kak Yan tak tahu macamana nak letak video. Jadinya Kak Yan bagi resepi sahaja lah ye. Nak tengok macamana Kak Yan masak, kena tengok igtv Kak Yan.

Salad tomato ini sangat jarang orang buat. Sedangkan kadang-kadang berlambak tomato dekat dalam peti ais kan.

Kak Yan suka buat salad sebegini dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan nasi atau apa-apa pasta sekalipun, Kak Yan tuang sahaja sedikit diatasnya.

Kak Yan garenti, salad tomato ini sedap.

Jom baca lagi dan tengok resepi dekat bawah

Salad tomato ini penuh dengan rasa sos sotong atau sos ikan yang kuat yang diseimbangkan oleh rasa masam, manis dan masin. Ditambah pulak dengan rasa dan bau dari daun ketumbar. Semuanya bersatu dan menghasilkan rasa yang ‘awesome’ kepada salad ini. Tomato yang dikunyah ranggup bersama kesemua rasa tersebut memang menjadikan salad ini sangat istimewa.

Salad tomato ini sesuai di makan dengan apa sahaja. Makan dengan roti pun sedap. Kadang-kadang Kak Yan ratah macam itu sahaja.

Satu lagi yang Kak Yan suka ialah gabungan warna di dalam salad ini. Ada merah, hijau dan ungu. Menjadikan salad ini nampak segar dan sedap.

Salad Tomato Ala Thai

Bahan-bahannya:
4 biji tomato (dipotong 6)
5 biji cili padi (dipotong pendek)
2 sudu teh sos sotong/sos ikan
3 pokok daun ketumbar (dipontong pendek)
1 biji bawang merah besar (dipotong wedges)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
Jus dari 1/2 biji lemon
Cara membuatnya:
Campurkan garam, gula dan sos ikan. Gaul rata.
Masukkan daun ketumbar, bawang dan tomato.
Perah lemon.
Gaul rata dan rasa.
Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar jika suka dimakan sejuk.

Leave a Reply

Recipe Rating