Hari ini semua orang puji ayam rica-rica Kak Yan. Semua cakap rasa macam rendang tapi bukan rendang.
Ayam rica-rica ini berasal dari Menado, Utara Sulawesi. Rica-rica bermakna cili merah . Jadi lebih kurang ayam bercili lah ini. Tetapi bila dimasukkan unsur-unsur Indonesia, ada bahan-bahan tertentu yang menjadikan ayam rica-rica ini lemak, pedas, manis, masam dan wangi.
Kak Yan suka sangat dengan keseimbangan rasa ayam ini. Bau serai dan daun limau purut menambahkan lagi kesedapan lauk ini. Suami Kak Yan yang tidak berapa gemar lauk yang ada daun limau purut pun, suka dengan ayam rica-rica ini.
Makan lauk ini dengan nasi dan sup kosong pun dah cukup. Tadi Kak Yan masak sup wantan . Kena betul rasanya padanan dengan lauk ayam rica-rica ini.
Jadi bagi yang selalu masak ayam dan dah kekeringan idea nak masak macamana, bolehlah cuba resepi ayam rica-rica ini. Tak rugi mencuba kerana rasanya sangat sedap.
Boleh ikut resepi di bawah dan …’Selamat mencuba’.
