Saya selalu tengok resepi ini dimasak dalam banyak rancangan masakan di TV. Adalah dua atau tiga kali saya lihat peserta-peserta Masterchef Australia membuatnya. Teringin dan tertarik saya untuk mencubanya. It looks simple yet elegant. Ianya boleh dijadikan pilihan manisan yang tepat untuk disajikan kepada tetamu yang datang bertandang untuk makan malam. Anda boleh membuat manisan ini terlebih dahulu and it will look like magic when they appear.
Juadah pencuci mulut ini boleh diolah menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Anda boleh menambah rempah-rempah yang lain namun teknik membuatnya adalah sama. Buah pir perlu direbus sehingga lembut dan dimasukkan ke dalam ketulan ais.
Dari segi kesehatan, buah pir merupakan sumber serat dan vitamin C yang baik.. Ianya dapat membantu proses pencernaan kerana ia mengandungi kandungan serat dan air yang tinggi. Kalau sesiapa yang hendak berdiet, eloklah memilih buah pir kerana kandungan peptin yang terdapat didalam buah pir dapat menurunkan kadar kolesterol. Saya suka makan buah pir yang lembik-lembik tu. Senang nak makan sebab ianya lembut dan airnya lagi banyak.
Kali ni saya nak berkongsi juadah manisan yang sesuai dijadikan pencuci mulut yang berasal dari Perancis. Jom cuba!
