Paru Berlada

Paru Berlada

Sebagai seorang peminat paru berlada, Kak Yan akan pastikan setiap kali masak paru berlada ianya mestilah ranggup dan cilinya kena super sedap.

Memang masak paru ini renyah sikit. Kena rebus dahulu paru sampai lembut dan kemudian kena goreng pulak. Tapi yang paling tak suka ialah semasa menggoreng paru tersebut. Betul tak?

Selalunya paru tersebut meletup-letup semasa digoreng. Ini disebabkan dalam paru tersebut ada banyak air. Jadi dalam proses nak keluarkan air tu, ianya meletup lah.

Meletup macamana pun, Kak Yan gigih jugak nak masak paru berlada. Kak Yan lebih suka makan paru berlada yang Kak Yan masak sendiri. Sebabnya ialah , Kak Yan nak paru tersebut ranggup. Lagi satu, Kak Yan suka paru berlada yang menggunakan cili padi merah. Warna merah cili tersebut memang cantik dan menarik.

Jadi, bagi peminat paru berlada bolehlah ikut cara Kak Yan masak. Tengok video Kak Yan masak di channel youtube Kak Yan.

Kalau tengok masa Kak Yan gaul paru dengan sambal, memang boleh terliur. Kak Yan sendiri tengok balik pun dah rasa macam nak masak lagi paru berlada ini lagi.

Tapi kan, nak bagi paru berlada ini ranggup dan cili dia sedap, ada rahsia dia. Kena tengok video di bawah sampai habis. Resepi pun ada di sana. Klik sahaja dan enjoy…

Leave a Reply