Namanya saja sudah cukup untuk membuatkan kita tertanya-tanya apa benda Panna Cotta ni? Peliknya nama.
Orang Turki panggil Panna Cotta . Kalau kita lebih kurang pudding la kaedahnya.
Yang putih tu dibuat dengan cara mengacau krim bersama gula dan gelatin di atas api. Itulah kaedah asas kepada Panna Cotta. Kemudian ia akan dilapis-lapiskan dengan buah-buahan, karamel atau pun coklat.
Bergantunglah atas kreativiti sendiri dan menggayakan cantik dan sedapnya. Selalunya lapisannya akan berwarna–warni.
Kali ini Kak Yan lapiskan Panna Cotta dengan puri mangga dan hirisan strawberry. Kombinasi yang sedap dan warnanya pun sesuai. Sesuai dihidangkan untuk meja pengantin. Nampak menarik dan mewah.

Panna Cotta
Bahan-bahannya:2 cawan krim putar ( whipping cream)3/4 cawan gula castor1 sudu kecil esen vanilla7 gram gelatin3 sudu besar air sejuk Cara membuatnya: Masukkan krim dan gula ke dalam periuk dan masak menggunakanapi yang perlahan. Terus mengacau jangan berhenti.Apabila gula sudah mula larut, tutup api dan ketepikan ( jangan sampai ianya mendidih)Taburkan gelatin ke dalam air dan masukkan ke dalam periuk yang masih panas tadiKacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkukMasukkan ke dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam.Apabila Panna Cotta sudah keras, letakkan puri manggan dan hirisan strawberry diatasnya. Sedap dihidang semasa ianya masih sejuk. Puri ManggaKisar mangga dan masak bersama gulaBanyaknya gula ikut citarasa sendiriKacau sehingga ianya pekat