Cerita Ogos 2023 ( Part 1)

Kisahnya bermula pada tanggal 1 Ogos 2023. Hari itu hari Sabtu. Kak Yan dan suami balik kampung kami di Perak kerana nak menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah Kak Yan. Kenduri tersebut dekat Temoh. Sampai sana waktu tengahari rembang. Seronok jumpa saudara . Yang dah lama tak jumpa . Makan-makan sambil sembang-sembang. Memang seronok.

Kami terpaksa bergerak awal ke Pengkalan Pegoh, Ipoh kerana antara tujuan utama balik kampung ialah nak melawat Pak Su yang sakit di Pengkalan. Dua tiga hari sebelum itu, Pak Su ada kencing berdarah. Agak mengerikan jugak lah. Dah pergi hospital tetapi belum tahu keputusan sakit apa. Kami sampai di Pengkalan Pegoh sebelum Zuhur. Terkejut tengok keadaan Pak Su yang dah kurus. Pak Su dah tak larat nak berjalan tapi masih boleh tersenyum. Biasalah Pak Su sangat baik orangnya.

Lewat petang baru kami berdua gerak ke Ipoh. Nak check in hotel di sana. Plannya malam itu dinner dan nak round-round Ipoh. Dah lama teringin nak makan ‘Miker Pizza’. Kami pergi yang dekat depan Padang yang bertentangan dengan Sekolah St. Michael . Apa nama padangnya pun tak tau.

Kena beratur la pulak. Kecil jer kedai dia tapi nampak meriah. Kami yang berbadan besar ni terhegeh-hegeh la jugak nak join the crowd. Oh, rupanya dia ada kedai yang lagi besar dekat , Water Front. Lain kali pergi sana pulak lah.

Sedap pizzanya. Tapi kami yang dah berumur ni tak habis pun makan dua kotak pizza. Kak Yan kata, kita pack lah. Esok pagi tak payah lah sarapan dekat luar. Makan ini sahaja pun dah ok.

Kami round-round bandar Ipoh. Sempat pulak jalan-jalan di Gerbang Malam. Tapi dalam pada itu, Kak Yan dok ‘google’ tempat makan lain di Ipoh. Kami berdua ni sebenarnya lapar nasik.

Eh…terjumpa pulak Kedai Nasi Ayam Hainan yang agak popular dekat Ipoh. Tup-tup, tak jauh plak dari lokasi kami berada pada masa tu. Berdesuplah kami ke sana.

Kak Yan ni memang suka nasi ayam .Kena pulak nasi ayam hainan. Kak Yan kan suka Chinese food. Nama kedai dia,Ipoh Hainan Chicken Rice.

Sedap betul nasik ayam dia. Ada banyak pulak side dish . Kami order yang biasa aje. Siap cakap, nanti nak datang lagi dan nak bawak anak-anak datang makan dekat sini.

Punya tengah syiok makan tiba-tiba dapat notification dekat instagram. Ada orang dm. Kak Yan baca dan bagi pada suami suruh baca sekali. Dia kata Kak Yan ada problem dengan lagu copywright di youtube. Kalau tak tekan link yang dia bagi tu, nanti instagram kena delete.

Suami Kak Yan terus whatsapp anak-anak tanya. Tapi…tak sempat dia orang jawab, Kak Yan terus tekan link tersebut.
Confidentnya Kak Yan masa tu.

Maka bermulalah episod ‘ INSTAGRAM KAK YAN KENA HACK’.

Rasanya Kak Yan boleh tidur tak malam itu?

Nanti Kak Yan update Kisah Kak Yan kena Hack di post yang akan datang.

Leave a Reply