Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Bersiaran dari tepi tingkap sambil tengok cuaca panas lit-lit dekat luar. Katanya cuaca panas akan berterusan sampai September. Tengok pulak bilangan kes covid yang melonjak naik. Menambahkan lagi rasa panas. Tadi cuaca panas dekat luar. Ini dah sampai ke dalam tubuh badan dah.

Entah berapa lama lagi kita kena berkurung ye. Sekarang ni banyak sudah kedai di kawasan berhampiran tutup disebabkan ramai pekerja yang kena covid. Terutamanya kedai makan. Macam ni, nak order makanan pun dah risau. Semoga kita semua dipelihara oleh Allahs.w.t.

Merangkap sebagai tukang masak dirumah, nak atau tidak kena jugak masak setiap hari. Selain nak jaga kebersihan, kena juga berjimat. Kalau masak sendiri, masak yang simple sahaja pun keluarga dah suka. Hatta goreng telur mata kerbau dan tuang kicap pun sedap. Kalau beli tu punyalah mahal. Nak kena bayar kos ‘delivery’ lagi.

Jadi setiap hari kena fikir nak masak apa? Nasib baik anak-anak dan suami tak banyak kisah. Lauk apa pun jalan.

Tapi dalam banyak-banyak lauk tu, ayam masak merah memang pujaan hati kami. Kalau raya pun kena buat. Kalau ada rendang sekali pun, ayam masak merah kena ada. Kata mereka , barulah sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato. Betul jugak kan.

Inilah resepi dan cara Kak Yan masak ayam masak merah. Kak Yan tak bubuh serai ataupun rempah empat sekawan. Simple sahaja. Tetapi ada bahan rahsia yang menyedapkan ayam masak merah.

Chef Wan ajar Kak Yan kalau nak masak ayam masak merah kena bubuh bahan ini dan bahan itu. Masak macam ini dan macam itu. Haaa..barulah sedap yakmat.

Jadi bagi yang nak masak ayam masak merah yang super sedap , boleh tengok youtube Kak Yan di bawah. Ada resepi sekali di sana ye…

‘Selamat Mencuba’.

Leave a Reply