Sup Udon

Sup Udon

Udon ini adalah sejenis pasta Jepun. Warnanya putih macam rupa laksa tetapi ianya lebih besar dan agak kental sedikit.

Udon ini boleh dimakan bersama sup ataupun digoreng kering.

Ramai yang beritahu Kak Yan yang mereka tak tahu macamana nak masak udon sedangkan ianya dimasak macam biasa sahaja. Main campak-campak pun jadi. Udon ni makan sikit pun dah kenyang sebab ianya agak kental.

Selalu kita tengok udon ini dijual di restoran yang mahal. Selalunya di restoran Jepun kan. Ianya sedap dimakan terus apabila ianya di masak. kelembutan udon itu sendiri sangat ambil peranan. Kalau nak selamat, celur atau rebus udon terlebih dahulu sebelum di masak.

Kak Yan kongsi resepi udon sup dibawah iaitu di dalam youtube. Ada resepi di sana. Hanya klik video di bawah dan bersiap sedialah untuk terliur.

Leave a Reply