Cukup seimbang dari segi rasa manis, lemak dan masamnya. Inilah muffin yang Kak Yan suka.
Nak membuatnya pun tak susah sangat, malahan tak perlu guna mixer. Bahan-bahannya pun agak senang nak dapat. Kalau nak ubah bahan-bahannya pun boleh. Nak bubuh strawberry maka jadilah muffin strawberry. Kalau nak lebih berkhasiat, boleh gunakan tepung ‘wholemeal’.
Tak payah banyak-banyak fikir. Muffin tak perlu ada frosting apa apa pun. Dia jenis makan macam itu sahaja. Kenyang dan puas makannya.
Kalau Kak Yan buat muffin memang selalu Kak Yan biarkan bahagian luarnya garing sedikit, baru lah sedap.
Kak Yan belajar buat muffin dahulu sebelum belajar buat kek. Almakhlum lah masa tu tak ada mixer lagi. Buat muffin tak perlu guna mixer. Brownies pun macam itu jugak. Senang aje.
Jadi kalau ada masanya nak buat minum petang dalam kadar yang cepat, buat lah muffin.
