Daging Masak Kicap Kak Yan

Daging Masak Kicap Kak Yan

Walaupun ada beratus-ratus atau beribu-ribu resepi daging masak kicap. Resepi yang ini lah yang paling berkenan dihati.

Salah satu sebabnya ialah Arwah Mak dulu selalu masak macam ini. Tapi mak hanya masak kalau ada tetamu istimewa datang ke rumah.

Sekarang, ada tetamu ke tidak, inilah resepi pilihan Kak Yan.

Yang paling Kak Yan suka sebab ada kacang pis. Makan daging bersama kacang pis, lain sedapnya. Tengok aje orang putih. Kalau masak steak selalu dikawankan dengan kacang pis.

Kak Yan hanya akan guna kacang pis dalam tin. Wajib guna sebab bau dia sedap.

Walaupun bau dia tak lah ketara sangat tapi bila dah dimasukkan ke dalam kuah daging, terasa harumnya.

Secara keseluruhannya, daging masak kicap ini boleh bagi lima bintang. Dah la sedap, lawa pulak tu. Meriah dengan pelbagai warna.

Rasanya pulak seimbang. Ada rasa jintan, lada hitam dan rasa pedas dan manis.

Kak Yan kalau masak daging masak hitam ni memang naik semangat. Kalau buat sekilo pun dah boleh membuak jadi banyak. Mesti sedap punya.

Tengok aje lah gaya Kak Yan memasak di bawah ni. Penuh dengan ‘confident’.

Boleh tonton Kak Yan masak di youtube Kak Yan. Klik gambar di bawah.

Resepi ada di sana.

Jom cuba jom….

Leave a Reply