Go Perak – Sambal Tempoyak Kacau

Go Perak – Sambal Tempoyak Kacau

Makan sambal tempoyak yang dimasak macam ni macam makan cheese cake gayanya.

Makan sikit-sikit dan simpan,dan lepas tu perangat balik. Lagi banyak kali perangat lagi la sedap. Makan pun main calit-calit aje. Itu pun dah boleh menambah nasi berpinggan-pinggan.

Orang dulu-dulu masak sambal tempoyak kacau ni kat dalam tempurung. Ye la masa tu pun guna dapur kayu. . Arwah mak kata kalau guna dapur kayu masak nasi pun sedap. Inikan lagi kalau masak sambal tempoyak macam ini.

Sedap lagi la gamaknya ye.Keluar semua minyak dari saki baki kelapa kat tempurung tu dan masuk sekali ke dalam sambal. Tak dapat nak bayangkan betapa sedapnya kalau masak macam itu.

Sambal ni dinamakan sambal tempoyak kacau sebab memasak nya memang kena sentiasa mengacaunya kat atas api. Kalau tak kacau nanti dia cepat hangus. Kena lagi yang dekat tepi periuk atau kuali tu. Tapi mengacaunya bukan ler macam mengacau dodol. Sekejap aje dah siap. Janji dia sedap sudah.

Nak makan sedap kena ler bersusah payah sikit. Bak kata orang putih

‘hard work paid off”.

Sambal Tempoyak Kacau

Bahan-bahannya:

3 senduk tempoyak
4 biji cili merah dan sedikit cili padi.
1 batang serai (diketuk).
Sedikit udang kering(kalau tak ada boleh gunakan
ikan bilis).
1 helai daun kunyit.
Sedikit serbuk kunyit.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara membuatnya:
Kisar cili merah dan cili padi bersama udang kering
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan
serbuk kunyit.
Kacau sehingga kuahnya pekat.
Masukkan daun kunyit yang disimpul
Perasakan dengan garam dan gula












Leave a Reply