Lauk Simple – Chicken And Corn Soup

Lauk Simple – Chicken And Corn Soup

Saje jer nak cerita.

Kak Yan mula makan chicken and corn soup ni masa sambut ulang tahun perkahwinan pertama dulu. Dah kahwin setahun baru merasa makan sup sebegini. Masa tu Kak Yan rasa bertuahnya dapat makan sup yang mahal ni. Tapi dalam kepala asyik bertanya macamana nak buat sup yang sedap macam ni ye.

Masa tu suami Kak Yan bawak makan malam ala-ala romantik di salah satu Chinese Restaurant dekat Holiday Inn Plaza Perangsang, Shah Alam. Hotel tu pun dah tak ada sekarang.

Seingat Kak Yan dia hidangkan sup tu as a starter. Kak Yan yang memang jenis sukakan Chinese Food memang makan sampai habis lah. Kena pulak tak biasa makan kat kedai mewah macam tu, lagi la sedap jadinya.

Sebenarnya nak masak sup berkrim macam ni tak lah susah mana. Cuma mungkin agak rasa janggal sebab ada jagung kat dalam sup kan. Sup ni kan ada macam-macam jenis. Kita kena beranilah mencuba masak sup-sup tersebut. Kalau suka teruskan la. Kalau tak suka tak payah masak lagi.

Apapun Kak Yan rasa anak-anak paling suka sup macam ni. Kalau anak-anak dah suka, mak bapak pun pasti suka.Nak tengok cara Kak Yan Masak, boleh tengok video DISINI

Tu jer yang Kak Yan nak cerita. Jom masak.

Chicken And Corn Soup

Bahan-bahannya:
2 batang sayur leek (dihiris halus)
6 cawan stok ayam
1 tin besar cream corn
1 inci halia diparut
150g isi ayam (dipotong memanjang)
2 sudu makan tepung jagng dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar kicap cair

3 biji putih telur
1/2 labu bawang holland ( dipotong dadu)
3 sudu makan minyak
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis sayur leek dan bawang sehingga layu dan wangi
Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan dalam 2 ke 3 minit
Masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih
Masukkan  halia, kicap cair, air dan campuran tepung jagung
Apabila air mendidih, tuangkan  putih telur ke dalam periuk dan kacau
Akhir sekali masukkan garam dan minyak bijan

Leave a Reply