Ikan Kukus Ala Hong Kong

Ikan Kukus Ala Hong Kong

Hujung minggu kembali lagi. Dari hari ke hujung minggu dan ke hujung bulan. Sekarang dah dekat nak hujung tahun dah. Rasa macam cepat sangat. Bertambah cepat dari tahun yang dahulunya.

Kenapa agaknya ye?

Ada kah disebabkan covid? atau memang masa dah berlalu laju seadanya. Entah lah.

Tau -tau esok dah nak puasa dan lepas tu raya. Kan.

Tapi bila dilihat kembali, Kak Yan rasa ‘routine’ hidup macam dah statik sahaja. Tak ada benda baru yang Kak Yan buat. Buat content untuk sosial media. Buat prep sekali-sekala dan obviously dah makin jarang di buat . Jadi penonton setia Netflix dan buat kerja-kerja rumah yang macam biasa.

Emmm… benda-benda yang ini lah membuatkan Kak Yan rasa macam keliru. Kadang-kadang rasa nak mencuba sesuatu yang baru. Iye lah nak cuba sesuatu yang boleh bagi pulangan duit yang lebih. Kot-kot ada bisnes baru yang boleh diceburi, agaknya.

Tapi, bisnes apa ye. Kudrat tu memang dah tak berapa ada tapi semangat tu masih ada. Tengok orang lain bisnes bagai dan berjaya. Dan dan tu rasa macam ‘useless’.

Bila tengok orang yang berjaya tu kerja siang malam, rasa macam tak berapa larat nak ikut tapi bila tengok untung yang dapat, rasa macam nak buat.

Lepas tu ada pulak suara dekat dalam kepala cakap, Alah, tak payah lah sibik-sibuk lagi, umur pun dah tua. Rehat aje lah.

Makanya keliru tu makin bertambah. Nak duduk goyang kaki aje, nanti duit tak masuk. Banyak lagi benda nak settle dengan duit ni. Nak beria- beria kerja, badan dah suruh slow down. Emmm..nak jadi Datin Sri jer kot yang best.

Sementara itu Kak Yan masih aktif berkongsi segala resepi di Youtube, Instagram, Tik-Tok dan Facebook tau.

Follow lah Kak Yan di sana.

Kalau dekat youtube tu boleh lah ‘like’ dan ‘subscribe’ channel Kak Yan. Resepi lengkap semua ada di sana. Klik sahaja video di bawah ini. Support Kak Yan, ok.

Leave a Reply