Lauk Pauk – Sardin Masak Lemak Cili Api

Lauk Pauk – Sardin Masak Lemak Cili Api

Dah berapa kali makan pun masih menjadi kesukaan kami sekeluarga. Kena pulak kalau suami Kak Yan yang masak. Lauk ikan sardin digandingkan pulak dengan telur dadar. Bila makan dengan nasi putih, tuang pulak kicap kat atas dia.

Bila ada lauk macam ni, lupakan lah niat nak berdiet.

Selalunya sardin tin dimasak sambal. Warna merah sambal dicampurkan dengan sos sardin memang sedap. Sardin dijadikan inti karipap pun sedap. Dibuat sandwich pun Kak Yan suka. Itulah sebabnya dekat rumah mesti ada simpan sekurang-kurangnya satu tin sardin.

Yang penting ia adalah lauk penyelamat bila ada tetamu yang datang secara tiba-tiba. Setuju tak?

Apa pun kali ini Kak Yan nak kongsi resepi sardin masak gulai lemak pulak. Tak kurang jugak sedapnya.

Janji kuahnya kena pekat dan letak la cili lebih sikit. Tengok gambar kat atas ni pun dah rasa nak cuba masak sardin masak lemak cili api ni kan.

Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya: 
1 tin ikan sardin bersaiz besar 
250 gram santan pekat
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur(asam keping)
Cara membuatnya:


Kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan
kunyit hidup
Masukkan kedalam periuk bersama asam keping dan
masak sehingga mendidih
Masukkan serai dan santan dan kacau seketika
Buang separuh daripada sos ikan sardine
Masukkan ikan sardin dan lebihan sos kedalam
periuk dan masukkan garam
Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat
Tabur cili padi dan hirisan bawang merah untuk
dijadikan hiasan (optional)


 








 


 
 


 
 


 


 














 


 


 


 



















Leave a Reply