Lauk Simple – Isi Ayam Bersos Lemon

Lauk Simple – Isi Ayam Bersos Lemon

Apa lagi yang anda boleh katakan jika anda boleh memasak juadah yang simple, murah, senang dan sedap? Tengok aje gambar kat atas tu, dalam satu kuali tu anda boleh hidangkan untuk  6 orang makan dan memasaknya tak perlukan sebijik bawang pun.

Saya hanya memerlukan 3 ketul isi ayam yang besar, sebiji lemon, 3/4 sudu mentega,sedikit tepung gandum, lada sulah dan garam untuk memasak ayam bersos lemon ini. Yang penting anda perlu tahu teknik rahsia dan cara menghidang yang betul .

Isi ayam yang telah dibasuh perlu dipotong menyerong dan memanjang dan kemudian anda perlu meleperkannya dengan menggunakan apa-apa benda yang berat.

Sebaiknya isi ayam dialas dengan ‘plastic wrap’ dan diketuk sedikit supaya ianya nipis dan kemudian barulah diperap dengan garam dan lada sulah. Hasilnya isi ayam itu akan jadi lebih besar dan nampak banyak dan apabila ianya digoreng dengan mentega ianya lebih rangup.

Bila nak menghidang, letakkan nasi dibawah dan tuangkan saja ayam dari kuali tadi ke atasnya. Anda boleh menghiasnya ikut apa yang ada kat dalam dapur anda.

Macam gambar kat atas tu , saya taburkan sedikit serbuk cili dan hirisan daun bawang bagi buat penyeri. Bile dihidangkan sebegini, lauk akan lebih mesra dengan nasi dan  lebih sedap.

Boleh jugak tengok videonya DISINI.

Isi Ayam Bersos Lemon

Bahan-bahannya:
3 ketul isi ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji lemon
Sedikit serbuk lada sulah dan garam
3 sudu besar mentega (boleh ditambah ikut suka)
 
Cara membuatnya:
Bersihkan isi ayam dan kemudian potong menerong dan memanjang
Ketuk-ketuk sikit supaya ianya leper
Gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah dan perap sebentar
Gaulkan tepung gandun dengan garam dan lada sulah
Panaskan kuali dan cairkan mentega
Gaulkan isi ayam dengan tepung tadi dan goreng sehingga ianya kuning keemasan
Angkat dan letak disebelah
Menggunakan lebihan mentega tadi(kalau ianya dah terlalu hitam, tukar mentega yang baru)perah lemon dan kemudian masukkan semula isi ayam tadi
Biarkan ianya didalam kuali sehingga kuahnya pekat dan masukkan hirisan lemon
Angkat dan boleh dihidangkan.
 


Leave a Reply