Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Jam 12 tengahari masih tak masak lagi. Dalam kepala dah terfikir nak beli sahaja nasi ayam di depan Masjid USJ 18 tu. Nasi ayam tu bukan sahaja sedap, murah weh. Mana nak dapat nasi ayam RM5 sekarang ni. Dah lah sedap, murah dan sercive pun tip top.

Jom lah bang, kita beli nasi ayam jer lah tengahari ni. Nanti malam kita goreng jer nasik. Seperti biasa suami, mengiyakan sahaja, Maka berdesuplah kami menghala ke USJ 18.

Sampai sahaja dekat depan masjid, tengok-tengok nasi ayam tak ada jual. Sunyi aje. Hanya ada orang jual air kelapa . Emmm…pelik la pulak. Jarang orang nasik ayam ni cuti.

Agaknya dia terkesan dengan banjir kot. Kalau tak silap, tokey nasik ayam tu duduk di Kampung Tengah, Puchong. Tempat tersebut memang teruk kena banjir. Kata suami.

Option yang kedua ialah beli nasik campur. Suami kata , jomlah beli nasik campur di gerai USJ 7.

Rasa macam tak best pulak. Lauk nasik campur dekat sana, so so aje lah. Semenjak gerai Minah tutup, jarang dah bungkus nasi campur. Nasi campur sekarang ini mahal.

Option yang seterusnya ialah masak sendiri. Padankan dengan muka. Banyak sangat songeh kan.

Berdesup pergi cari Ah Chuan. Kalau tengahari selalunya ada lagi ikan dekat lori Ah Chuan. Sedang elok, tengok ada ikan tenggiri potong. Cantiknya ikan tenggiri tu. Nampak fresh. Apa lagi, terus belilah.

Dalam kepala, automatik terus nak masak kari ikan tenggiri. Tapi Alia tak suka kari ikan. Kesian pulak dengan dia.

Tapi tak apa. Ayam masak kicap semalam ada berbaki dua tiga ketul. Bolehlah panaskan untuk Alia.

Makanya, teruslah beli kacang bendi, cili hijau dan tomato. Tiga benda ni kalau tak ada memang tak sempurna kari ikan. Lagi satu halba campur. Memang kena ada. Daun kari boleh ambik dekat pokok dan serbuk kari ikan ada lagi dekat rumah.

Dah terbayang dah makan kari ikan banjir. Sedapnya.

Kak Yan masak kari ikan ikut style mamak. Sedap tau. Cara dia lain sikit dan yang penting, tak guna santan. Walaupun tak guna santan, kuahnya pekat. Warnanya merah dan kalau kari ikan, kena ada rasa masam-masam sikit. Jadi kena bubuh lebih sikit air asam.

Tak guna Kak Yan cerita banyak dekat sini. Lebih baik tengok Kak Yan masak di channel youtube Kak Yan. Klik aje link di bawah. Lepas tu jangan lupa tekan ‘like’ dan subscribe terus tau.

Bye….

Leave a Reply